top of page

Pertambahan penduduk di Petagas tuntut banyak isu diselesaikan - Awang Husaini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 23
  • 1 min read
ree

Pertambahan penduduk secara mendadak di DUN Petagas menuntut banyak isu diselesaikan bagi memastikan kesejahteraan penduduk terus terjamin.


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi tersebut, Datuk Awang Husaini Sahari (gambar) menegaskan komitmen untuk menyelesaikan semua isu yang membelenggu penduduk sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah kali ini.


"Petagas terletak di pinggir bandar terdekat dengan Kota Kinabalu dan kini menjadi fokus bagi pekerja yang datang dari luar Kota Kinabalu untuk mencari rumah.


"Kita perlu menyediakan lebih perumahan mampu milik, menaik taraf infrastruktur asas serta memantapkan kemudahan pendidikan dan kesihatan untuk warga Petagas," katanya dipetik.


Awang Husaini yang juga bekas Ahli Parlimen Putatan itu menambah, terdapat juga keperluan menambah baik fasiliti rawatan agar mampu menampung peningkatan pesakit, termasuk memperbesar poliklinik utama serta menambah klinik baharu di beberapa kampung.


Selain itu sekiranya diberi mandat, beliau turut akan memberi fokus membantu peniaga kecil dan usahawan muda yang memerlukan bimbingan terhadap insentif dan kemudahan disediakan kerajaan.


"Ramai peniaga masih tidak mengetahui cara mendapatkan bantuan tersedia oleh kerajaan, Justeru pemimpin perlu menjadi fasilitator membantu peniaga kecil berurusan dengan pihak berkuasa tempatan," jelasnya.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Nov bagi undi awal manakala 29 Nov sebagai hari pengundian.


Pada PRN kali ini, Awang Husaini yang merupakan calon nombor 6 dalam kertas undi berdepan saingan 10 penjuru.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page