top of page

Pertahan N Sembilan, ahli politik PN kejar populariti, tidak kompetan



Negeri Sembilan yang telah ditadbir dengan baik oleh Pakatan Harapan (PH) selama 5 tahun perlu dipertahankan oleh rakyat daripada diambil alih oleh ahli politik Perikatan Nasioanl (PH) yang hanya mengejar populariti dan belum tentu kompetan dalam pentadbiran.


Bagi Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, pengundi di Negeri Sembilan perlu menyemak dan melihat rekod perkhidmatan pro rakyat yang ditunjukkan oleh pentadbiran Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminudin Harun yang belum pernah mereka nikmati sebelumnya.


Apatah lagi kata beliau, pada waktu ini PH telah berkerjasama dengan BN dan kehebatan pembangunan yang dibawa oleh MB sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Hassan juga perlu diambil kira.


Katanya, jasa dua gandingan tersebut tidak mungkin boleh ditandingi mana mana pemimpin PN peringkat negeri.


"(Kita tahun) PRN ini akan menjadi pilihanraya yang mencabar dalam sejarah negeri kerana PN bersaing untuk kemenangan sulung mereka di peringkat negeri yang nampaknya hanya rekaan.


"Pandangan saya majoriti pengundi Negeri Sembilan yakin Pakatan Harapan dan sekutu rapatnya akan menjadi satu-satunya pilihan terbaik untuk berkhidmat secara progresif kepada mereka untuk 5 tahun akan datang.


"Mereka tidak akan mudah ‘dibujuk’ untuk mengundi tokoh-tokoh glamor lagi alpa, terutama pendatang baru Bersatu yang beranggapan mereka cukup menonjol memancing undi berharga daripada pengundi luar bandar.


"Sedangkan memilih PN seperti merekrut 'bakat' baharu untuk mengejar kemenangan dalam pilihanraya. Ianya tidak sama seperti memilih penyanyi bersuara merdu dalam rancangan realiti TV.


"Bagaimana mungkin "ahli politik yang baru dilantik" dan korup boleh diharap meneruskan kisah kejayaan Negeri Sembilan sedangkan motif sebenar mereka menyertai politik adalah 'mencari makan' setelah diberhentikan atau dipecat daripada jawatan yang mereka pegang (di peringkat nasional) sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Yunes mengingatkan pengundi bahawa mereka masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan pendemik Covid 19 terutama dalam sektor ekonomi.


Hanya Kerajaan Perpaduan, katanya, yang bersungguh sungguh mencari kaedah penyelesaian sama ada di peringkat negeri atau pusat, dan mereka seharusnya diberi peluang.


Begitu juga kata beliau, pencapaian rezab negeri di bawah PH juga perlu diambil kita.


Kerajaan negeri pimpinan MB Aminuddin telah mencapai lebihan RM89.12 juta pada Belanjawan tahun lepas, dan rizab kewangan negeri pula tertinggi dalam sejarah, sebanyak RM889.75 juta pada 2020.


Hal itu, kata Yuneswaran, adalah pencapaian gemilang yang mesti diteruskan oleh Pakatan Harapan dan BN yang pastinya akan menletakkan calon calon terbaik mereka yang layak menjalankan amanah dalam PRN Ogos ini.


"Pengundi Negeri Sembilan khususnya golongan muda perlu bimbang prestasi ekonomi yang diusahakan secara positif oleh kerajaan pimpinan PH akan musnah sekiranya PN memenangi pilihanraya, memandangkan hasrat calonnya yang tidak berpengalaman untuk bertanding dan kelayakan mentadbir yang meragukan.


"Bukan saya sahaja, malah puluhan ribu pengundi negeri dapat menghidu PN sedang berusaha keras untuk bermain populariti dengan meletakkan muka ternama untuk meraih undi," katanya lagi.


Bagaimanapun Yunes berpendapat strategi itu tidak akan membuahkan hasil kerana pengundi di Negeri Sembilan akan menunjukkan kepada mereka jalan keluar daripada politik arus perdana pada 12 Ogos ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page