top of page

Pertahan ketelusan Tabung Haji, elak institusi Melayu-Islam diseleweng

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Aug 11
2 min read
Wanita KEADILAN berhimpun di hadapan pintu pagar utama ke Bangunan Parlimen meyokong pendedahan RCI
Wanita KEADILAN berhimpun di hadapan pintu pagar utama ke Bangunan Parlimen meyokong pendedahan RCI

Kepincangan dan kelemahan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diperbaiki bagi mengelakkan terjadinya salah urus sebagaimana berlaku sebelum tahun 2018 lalu.


Hal itu diutarakan oleh Wanita KEADILAN yang berhimpun di pintu masuk ke bangunan Parlimen pada pagi tadi


Menurut seorang jurucakap Wanita KEADILAN, tujuan RCI ditubuhkan adalah untuk mendapat fakta kebenaran.


RCI penting bagi memberi jawapan kepada persoalan dan keraguan rakyat dan memastikan tindakan penambahbaikan dapat dibuat ke atas pengurusan TH berdasarkan hasil siasatan.


Kira kira 40 anggota Wanita KEADILAN yang berpakaian putih dan berpayung lutsinar berarak ke pintu pagar utama Bangunan Parlimen kira kira pukul 10 pagi tadi.


Mereka membawa sepanduk berbunyi: "Jangan Sakau Tabung Haji", Tuntut Dunia Akhirat", "Siapa Salah, Siasat" dan banyak lagi.


Selain itu, Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan juga berucap yang menekankan bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH yang dikeluarkan kepada awam penting bagi mendapatkan fakta dan kebenaran selain menjawab persoalan serta keraguan yang timbul dalam kalangan rakyat.

Cikgu Amidi (kanan) menekankan perlunya TH diperbaiki pengurusan dan dijamin ketelusannya
Cikgu Amidi (kanan) menekankan perlunya TH diperbaiki pengurusan dan dijamin ketelusannya

Amidi berkata, KEADILAN turut mempertahankan prinsip ketelusan dalam pengurusan TH dan kesal terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan daripada isu penyelewengan yang berlaku dalam institusi berkenaan.


"Kita pertahankan ketelusan TH. Kita marah apabila ada pihak yang senang dengan penyelewengan TH," katanya.


Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan wakil rakyat Pas dan Wawasan hari ini yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika penerangan berkaitan Laporan RCI Tabung Haji sedang berlangsung.


"Kita kesal apabila ada wakil rakyat yang keluar. Tak ada kaitan antara perbahasan TH ini dengan kesihatan PM," katanya.


Amidi berkata, kehadiran ramai wanita dalam perjuangan mempertahankan kepentingan TH mempunyai kaitan rapat dengan jumlah pendeposit wanita yang turut menyimpan wang mereka di institusi berkenaan.


"Ramai wanita di sini kerana banyak pendeposit TH adalah wanita. Mereka tidak rela titik peluh dirampas, diragut," katanya.


Menurutnya, usaha memastikan integriti dan ketelusan TH bukan sekadar isu politik, sebaliknya merupakan perjuangan rakyat serta umat Islam bagi memastikan maruah dan amanah pendeposit terus dipelihara.


"Inilah perjuangan rakyat, perjuangan umat Islam, umat Melayu dapat dijaga maruah mereka dengan integriti, ketelusan dan kejujuran," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page