top of page

Pertahan kedaulatan Sabah: Ketua Menteri rakam penghargaan kepada PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 22
  • 1 min read
DS Hajiji Noor di majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah
DS Hajiji Noor di majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah

Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen dalam mempertahankan hak serta kedaulatan wilayah itu.


"Kerajaan negeri juga amat menghargai pelbagai bantuan dan inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan termasuk dalam aspek infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan keselamatan.


"Hubungan baik dan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dipertahankan demi memastikan Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan nasional," katanya dipetik.


Hajiji menyampaikan penghargaan itu menerusi ucapan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada Sabtu.


Julai tahun lalu, Perdana Menteri menegaskan akan mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan termasuk Sabah.


Pada November, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan Malaysia mencipta kemenangan bersejarah buat Malaysia apabila Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page