top of page

Pertahan institusi Yang di-Pertuan Agong, titah Al-Sultan Abdullah



Oleh: Azuan Ab Rahman


Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, supaya institusi Yang di-Pertuan Agong terus dipelihara dan dipertahan pada setiap masa.


Pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi, Al-Sultan Abdullah bertitah institusi Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung terakhir kepada kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.


Sekiranya institusi itu bercanggah daripada fungsi dan sifat kewujudannya maka kerajaan titah baginda akan menjadi lemah manakala negara porak-peranda.

"Maka tatanglah institusi ini bagaikan minyak yang penuh. Martabatkan institusi ini dan jangan sekali-kali mencemari ia dengan nista dan dusta," titah Seri Paduka

Berangkat sama pada majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta barisan Jemaah Menteri.


"Insya-Allah, jika tiada berlaku sebarang aral atau 'langkah-langkah lain' dalam tempoh dua hari yang akan datang, beta akan menamatkan pemerintahan bersama Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Tidak pernah terlintas di fikiran beta untuk terpaksa memikul tugas berat melantik tiga orang Perdana Menteri dan juga membawa negara keluar dari situasi ketidaktentuan," titah baginda sebagai mengimbau kembali keafiatan dianugerahkan untuk memerintah negara bersama empat Perdana Menteri.


Baginda turut bertitah, mengubah sesuatu semata-mata atas agenda politik tidak akan menguntungkan sesiapa.


"Kita tidak melakukan perubahan hanya sekadar untuk melakukan perubahan. Menukar Perdana Menteri setiap tahun juga tidak akan menjamin apa-apa.


"Akibatnya, rakyat akan menderita, ekonomi akan merudum sehingga akhirnya negara menjadi tidak stabil," titah Seri Paduka.


Al-Sultan Abdullah sementara itu turut bertitah supaya seluruh rakyat Malaysia menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat di negara ini sepenuh hati.


"Saya akan merasa amat bersedih seandainya perpaduan yang telah dibentuk ini runtuh kembali akibat kelemahan dan kealpaan kita," titah Seri Paduka.


*Foto kredit: Syadiq Asyraf-PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page