top of page

Pertahan DUN Penanti dari kemaraan PN tugas mencabar Ustaz Rosidi


Oleh: Abdullah Zaid


Dalam memastikan kemenangan, Pakatan harapan (PH) mempertaruhkan muka baru di DUN N12 Penanti sebagai strategi untuk menarik hati pengundi.


Berlatar belakangkan agamawan, Rosidi Hussain atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rosidi tidak asing lagi buat pengundi di Penanti yang mengenalinya sebagai penceramah di masjid mahupun surau.


Imej Ustaz Rosidi dianggap kuat menghadapi propaganda Pas seolah olah golongan agamawan tidak berminat kepada Kerajaan Perpaduan yang 'diragui' keimanannya.


"Seminggu saya berkempen di kampung dan kawasan tumpuan, rata-rata masyarakat termasuk anak muda mengenali saya kerana pengalaman saya sebagai seorang pengajar untuk kuliah di masjid atau surau sekitar ini.


"Jadi ia tidak menjadi satu masalah untuk memperkenalkan diri saya sebagan calon Pakatan Harapan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Ditanya mengenai kerjasama jentera PH dan Barisan Nasional (PH-BN) di Penanti, Ustaz Rosidi berkata semangat kekitaan jelas terzahir dengan baik terutamanya pada waktu berkempen.


Beliau berharap semangat tersebut akan diterjemahkan sebagai undi pada 12 Ogos nanti kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 lalu gabungan undi diperolehi PH dan BN akan memastikan kemenangan calon dan menidakkan kemaraan PN.


"Pada saya semangat itu berjaya diterjemahkan melibatkan akar umbi yang mana mereka juga mengambil tugas-tugas jentera seperti pemasangan bendera di sekitar DUN Penanti.


"Kita juga mengadakan siri perbincangan dan perjumpaan di antara pemimpin UMNO kawasan yang turut disertai pemuda dan wanita," ujarnya lagi.


Justeru, berbekalkan semangat ‘Penanti Terbaik’ beliau yang juga seorang peguam syariah dan sivil itu menyeru agar pengundi DUN tersebut memberi peluang kepadanya menerajui kerusi itu.


"Setakat ini saya ada membawa tujuh manifesto untuk DUN Peranti.


"Tekad ini mampu direalisasikan dengan adanya sokongan rakyat dan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan," jelas beliau lagi.


Terdahulu, Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU) kerusi DUN Penanti dimenangi oleh Dr Norlela Ariffin yang memperoleh majoriti 2,944 undi menewaskan lagi dua pencabarnya.


Penanti merupakan salah satu DUN dalam parlimen Permatang Pauh. Kekalahan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pada PRU lalu membuat Pas mendabik dada menyatakan DUN itu adalah kubu kebal mereka.


Dakwaan itu akan berakhir sekiranya Ustaz Rosidi berjaya mengekalkan dominasi PH di kawasan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page