top of page

Persidangan Ulama Sedunia bakal kumpul 200 ulama Nusantara



Malaysia dijangka mengumpulkan seramai 200 ulama Nusantara pada Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, persidangan yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijangka dihadiri seramai 1,500 peserta pada hari pertama penganjurannya.


"Hari kedua pula, diadakan persidangan ulama peringkat ASEAN yang dijadual dirasmikan oleh saya sendiri," katanya dipetik.


Mohd Na’im berharap persidangan itu dapat menjadi platform kepada golongan agama dan ilmuwan Islam untuk memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.


"Kita harapkan agar pemimpin agama dapat mainkan peranan untuk mengajak masyarakat ke arah kesatuan dan hidup dalam keadaan aman. Itu asasnya yang kita mahu," katanya.


Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Mohd Na’im berhubung penganjuran Persidangan Ulama Sedunia.


Persidangan yang kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor itu merupakan kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page