top of page

Persiapan pilihan raya berjalan dengan baik - Rafizi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 11, 2022
1 min read


Pembubaran mengejut Parlimen semalam tidak memberi kesan besar kepada jentera dan persiapan pilihan raya KEADILAN.


Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, persiapan telah pun dilakukan dengan sewajarnya termasuk rundingan kerusi yang berjalan pantas dan hampir memutuskan kesemua kerusi yang akan ditandingi oleh komponen PH.


"Semua persiapan telah pun berjalan baik, rundingan kerusi hampir selesai. Hanya lebih kurang 7 atau 8 kerusi parlimen sahaja yang masih lagi dirundingkan.


"Proses saringan calon telah pun berjalan dengan baik dan setiap minggu kita ada ribuan jentera dan sukarelawan yang berkempen secara tersusun, menelefon pengundi Atas Pagar, mengetuk pintu, mengadakan latihan PACA dan sebagainya," katanya.


Biarpun, kata Rafizi, tempoh persediaan kempen kali ini lebih pendek sekitar 4 bulan berbanding 2 tahun seperti sebelum PRU 14 lalu tetapi KEADILAN dan PH tetap mempunyai peluang seimbang kerana Umno belum berjaya memulihkan jumlah sokongannya.


"Walaupun tempoh kempen lebih pendek daripada pilihan raya yang lepas peluang kita adalah sama baik kerana Umno tidak pernah mendapat kembali kekuatan mereka selepas tewas PRU 2018.


"Jadi saya seru semua, baik anggota KEADILAN, penyokong PH dan rakyat biasa terutama yang muda muda untuk sertai kempen kita dalam PRU kali ini," katanya lagi.


Bagi yang ingin membantu KEADILAN untuk gerak kerja pilihan raya, tambah Rafizi, mereka boleh membantu menjadi PACA dan sukarelawan dengan memuat turun aplikasi CISTA di https://play.google.com/store/apps/details... atau https://apps.apple.com/my/app/cista/id1593129322



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page