Persiapan banjir: Kerajaan perlu guna sms, media sosial umum proses evakuasi - Fahmi



Musim tengkujuh yang belum berakhir dan kemungkinan banjir di Pantai Timur Semenanjung dalam beberapa hari ini mewajarkan Kerajaan Persekutuan memperbaiki segera kelemahan pengurusan banjir agar tidak berulang tragedi sebagaimana di Selangor dan Pahang.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau NADMA seharusnya lebih bersedia kali ini terutama mengenai pengumuman berpindah yang boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (sms) atau pengumuman di media sosial.


"Sebenarnya kalau kita tengok sebelum ini MKN, saya tidak faham fungsi MKN dan NADMA ini dalam situasi bencana.


"Sepatutnya waktu itu (18 Disember) kita terima sms memaklumkan sila keluar, pindah keluar (evakuasi). Itulah fungsi sistem sms oleh MKN atau NADMA, bukan untuk ajak kita keluar berpusu pusu ke Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.


"Jadi bagi saya aset ada, cara komunikasi, platformnya sudah tersedia tetapi malangnya seakan akan tidak diguna (dengan betul).


"Contohnya ada beberapa alat yang digunakan untuk blasting dalam sesuatu kawasan. Sekarang saya ada tonton beberapa video unit siar raya Jabatan Penerangan memaklumkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan. Itu sebenarnya boleh dilakukan lebih awal di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi ia tidak berlaku," katanya kepada Suara Keadilan.


Begitu juga pengurusan bencana, menurut Fahmi, seharusnya telah dirancang dengan teliti dan melibatkan semua pemegang taruh.


Beliau turut membidas sikap kerajaan sebelum ini yang tidak melibatkan semua paksi dan wakil masyarakat dalam menyediakan pelan evakuasi banjir setempat.


"Dalam isu banjir, kebiasaannya kita tahu kawasan yang berada di tebing sungai, sepanjang laluan sungai, ini boleh kita rancang dan kita boleh tahu sekiranya air melimpah dan kalau kita nak pindahkan penduduk, pindah di mana.


"Dalam kes Lembah Pantai, contohnya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang akhirnya kami gunakan langsung tidak tersenarai dalam 7 PPS Lembah Pantai, malah salah satu daripada pusat PPS tersenarai terletak di Kg Pasir yang tenggelam.


"Bila buat perancangan, dia (kerajaan) tidak panggil semua pihak termasuk Ahli Parlimen untuk membincangkan. Sepatutnya bulan kesiapsiagaan hari itu (Oktober) semua Ahli Parlimen yang kenal kawasan masing masing dijemput untuk rangka bersama rancangan respons bila berlaku bencana.


"Tak kiralah tanah runtuh, banjir, kebakaran, supaya mudah dinyatakan dan dijelaskan serta dirancang SOP dan langkah langkah perlu diambil.


"Ini tidak, kerajaan masih beranggapan mereka tahu segala galanya. Itulah yang paling dikesali," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER