top of page

Persiap anak muda hadapi Pilihan Raya Negeri, pimpin negara



Anak muda di negeri Kedah seharusnya mempersiapkan diri untuk memimpin negara, juga untuk menguasai pentadbiran negeri dalam Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Dr Taufiq Johari, anak muda Kedah khususnya perlu dikeluarkan daripada kesukaran hidup dan masalah yang membelenggu mereka melalui wadah perjuangan Kerajaan Perpaduan yang memerintah Malaysia pada ketika ini.


"Parti politik perlu beri ruang dan peluang seluasnya, khusus bagi pelapis (politik) negeri Kedah


"Ini adalah masa yang terbaik untuk kita mengambil semula negeri Kedah. Kita lihat anak muda kesempitan dengan kos sara hidup tinggi dan ekonomi yang sangat teruk. Kita lihat bagaimana belia muflis didaftarkan, iaitu hampir 11,000 muflis. Di negeri Kedah berapa ramai berusia 20an, 30an diisytihar muflis. Bagaimana ingin meneruskan kehidupan akan datang ketika (status) muflis itu berada di atas mereka?


"Siapa yang akan mengeluarkan bebanan muflis ini? Tanggungjawab itu adalah (di atas) pemimpin perpaduan, untuk kita tawarkan kepada rakyat di bawah," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Negeri, Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah 2023, pagi ini.


Tegas Taufiq lagi, Kedah tidak memerlukan pembangunan pencakar langit atau perancangan yang terlalu tinggi tetapi penyediaan peluang pekerjaan mencukupi kepada penduduk dengan sumber daya alam yang melimpah ruah.


"Kita tidak perlu projek mega melangit tetapi melestarikan apa yang ada. Para pelancong ingin melihat, hadir ke Kedah bukan kerana gahnya bangunan tetapi keunikan dan kelestarian yang ada dalam Kedah itu sendiri. Maka dengan itu kita harus perkasakan apa yang ada di Kedah.


"Bila kita perkukuhkan pelancongan maka golongan muflis tadi kita keluarkan dengan melonjaknya ekonomi negeri, maka akan melonjak ekonomi anak tempatan, khususnya anak muda," katanya.


Selain itu, Taufiq juga mahukan kerjasama antara golongan muda dan golongan senior dalam merangka strategi pembangunan Kedah. Katanya, Kedah bukan kekurangan sumber daya atau modal insan tetapi kekurangan pemimpin yang berkaliber untuk melonjakkan kemajuan negeri.


Kekurangan itu, katanya, perlu ditampung oleh Kerajaan Perpaduan yang akan menawarkan yang terbaik kepada rakyat dalam PRN ini.


"Sebab itu kita lihat bagaimana negeri Kedah ini, saya umpamakan seperti masuk dalam dapur. Kita masuk dapur ada segala macam bahan ramuan.


"Garam, gula, rempah dan sebagainya. Yang kurang di Kedah adalah chef yang boleh buat ramuan itu jadi makanan yang sedap.


"Kedah ada semua, gunung ganang, pulau, kita ada ekonomi yang baik. Kita ada sawah padi, bandar dan luar bandar. Kita kurang chef, pemimpin yang akan mencorakkan masa depan untuk negeri Kedah. Sebab itu sekarang adalah masanya kita sama sama membentuk pemimpin tersebut," katanya lagi.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page