top of page

Persepsi rasuah meningkat kerana lemah tangani kes besar - Anwar



Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat sepanjang pemerintahan kerajaan BN dan PN adalah kerana tiada tekad politik untuk menyiasat kes kes melibatkan golongan elit.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) berkata demikian dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah pagi.


Tegas beliau, isu besar kecurangan kewangan seperti Pandora Papers dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tidak disiasat secara telus.


"Persepsi rasuah meningkat kerana tidak ada tekad politik tangani masalah besar. Umpamanya saya bangkitkan Pandora Papers.


"Kedua soal 1MDB yang belum terungkai, baru baru ini keluar lagi dan orang orang terlibat bergentayangan sana sini seolah olah tidak ada permasalahan. Persepsi ini akan merosakkan imej negara kalau tak ada kesediaan bagi pihak pimpinan politik," katanya dalam mengajukan soalan tambahan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Yaakob, yang mempertahankan markah buruk CPI Malaysia.


Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebaliknya mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak bertindak ke atas semua kes yang sepatutnya disiasat kerana tidak mendapat dorongan dari elit politik di Putrajaya.


"Saya tahu SPRM mempunyai peranan besar dalam hal ini tetapi tekad politik juga perlu. Persepsi biasa kerana orang melihat fakta bahawa ada keterangan baharu yang menggemparkan melibatan institusi penting negara, termasuk Bank Negara Malaysia, dan kita nampak ada keengganan bertindak dan ada mantan PM juga terlibat, 2 - 3 (orang) yang dibangkitkan dalam laporan seperti Pandora Papers.


"Mengapa tidak ada sikap keprihatian, khususnya PM menyatakan bahawa SPRM harus bertindak tanpa ragu terhadap siapa sahaja," tambahnya.


Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia (BN - Bera) mendakwa kemerosotan skor negara bukan disebabkan kes rasuah semata mata tetapi disumbang perkara lain seperti hak asasi dan akta akta tertentu yang mana pandangan badan antarabangsa berbeza dengan nilai diamalkan Malaysia.


Beliau juga menjamin banyak kes rasuah sedang berjalan di mahkamah tanpa mengira pembangkang atau kerajaan dan tiada sesiapa dilindungi. Sesiapa yang bertanggungjawab, katanya akan berhadapan mahkamah.


Jawapan itu disambut rasa kurang senang pembangkang kerana kes kes berprofail tinggi yang dimaksudkan PM, pendakwaannya dilakukan ketika kerajaan Pakatan Harapan berkuasa. Sebaliknya tiada satu pun kes melihatkan golongan elit dibawa ke mahkamah ketika BN dan PN memerintah.


Baru baru ini, CPI Malaysia 2021 merudum ke tangga 62 daripada 180 negara. Sedangkan pada era PH CPI Malaysia berada pada kedudukan 51.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page