top of page

Persepsi palsu: Pejabat MB Selangor tolak tohmahan terhadap pegawai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
ree

Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang tular di WhatsApp yang mengaitkan seorang pegawainya dengan beberapa tuduhan.


Menurut kenyataan rasmi semalam, Pejabat Menteri Besar menegaskan bahawa tuduhan berunsur fitnah itu bermotif politik, berniat jahat dan sengaja diwujudkan untuk mengalih fokus rakyat daripada agenda pembangunan negeri.


"Dakwaan liar ini jelas menyeleweng, tidak berfakta dan tiada asas. Ia cubaan mencemarkan nama baik pegawai terlibat serta sebahagian taktik politik tidak matang yang hanya membina persepsi palsu," menurut kenyataan tersebut.


Antara tuduhan ialah pegawai terbabit memiliki banglo bernilai RM3 juta dan memegang terlalu banyak jawatan berkaitan kerajaan negeri.


Dakwaan itu disebarkan melalui kumpulan WhatsApp baharu oleh pentadbir dikenali sebagai “Madani” ketika Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor (DNS) Jumaat lalu.


Sementara itu Pejabat Menteri Besar menyatakan pegawai berkenaan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa sebagai langkah kebertanggungjawaban.


"Laporan ini dibuat sebagai elemen kebertanggungjawaban untuk memfokuskan semula perhatian kepada agenda pembangunan negeri dan meningkatkan martabat rakyat, bukannya melalui politik tidak matang dan persepsi palsu," tegas kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page