top of page

Persenda warna kulit karakteristik kaum jahiliah - Anwar

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jul 15, 2020
1 min read

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap mempersendakan seseorang berdasarkan warna kulit adalah ciri-ciri kaum jahiliah.


Dalam perbahasan Titah Diraja, beliau berkata perkara itu diperkatakan sendiri oleh Rasulullah ketika di zamannya.


"Dalam Islam perkara ini disanggah. Rasulullah menegur dengan mengatakan bahawa menyinggung dari segi warna kulit kaum menepati karakteristik kaum jahiliah.


"Saya sendiri masa kecil pun pernah melakukan perkara sama, memanggil-manggil orang mengikut warna kulitnya, tetapi apabila saya membaca teguran Rasulullah, saya sudah tidak berani memanggil orang begitu.


"Saya bukan nak singgung sesiapa ini, tetapi inilah pengajaran yang saya peroleh.


"Namun jelas bahawa bahawa ia satu perbuatan menghina dan kita kena minta maaf. Jadi jangan disentuh sama sekali," katanya di Parlimen hari ini.


Walaupun Ahli Parlimen Port Dickson itu enggan menujukan perkara itu kepada sesiapa, ia sudah tentu merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim yang menggunakan perkataan gelap dan meminta Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani memakai bedak pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat.


Insiden itu menyebabkan sidang terpaksa ditangguhkan dan speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun mengarahkan Azeez supaya memohon maaf kepada Kasthuriraani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page