top of page

Persenda Sultan: Tolak PN dalam PRN Selangor - Perpaduan Selayang



Sikap pemimpin pembangkang Perikatan Nasional yang merendah dan mempersenda institusi beraja Selangor dalam ceramah mereka di kawasan Selayang perlu dinilai oleh para pengundi di Selangor


Bertindak balas daripada hal itu, Kerajaan Perpaduan Cabang dan Kawasan Selayang hari ini membuat laporan polis ke atas ucapan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang mempersenda Sultan Selangor kelmarin.


Menurut Ketua Amanah Kawasan Selayang, Wan Anwar Wan Ibrahim pihak mereka membuat laporan kerana ungkapan Sanusi pada ceramah 11 Julai itu amat mengguris hati rakyat Selangor.


"Dalam ceramah itu beliau telah mengungkapkan ayat yang jelas mengguris perasaan rakyat apabila meredahkan kewibawaan Sultan Selangor dalam melantik MB bagi mentadbir Selangor.


"Sudah jelas pada pandangan kita (hal ini ) telah menggugat kewibawaan institusi raja Selangor.


"Selain beliau Pengarah Pilihanraya PN, tindakannya telah mencampuri urusan kedaulatan rakyat Selangor dan juga jelas menunjukkan kepada kita bahawa sebenarnya sampai masanya rakyat Selangor tolak PN yang telah merendahkan kewibawaan institusi raja Selangor," katanya.


Menurut Wan Anwar lagi, laporan polis itu adalah satu tindakan balas tegas yang dilakukan Perpaduan kawasan Selayang terutama kepada pemimpin politik yang bukan berasal dari Selangor agar tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri tersebut.


"Untuk rakyat Selangor khususnya yang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini sila tolak PN. Perpaduan di Selangor adalah satu pakatan politik yang memartabatkan institusi beraja negeri Selangor dan kita akan terus mempertahankan kedaulatan Sultan Selangor," katanya.


Ditanya sama ada ucapan Sanusi itu wajar disiasat di bawah Akta Hasutan, Wan Anwar berkata pihak berkuasa perlu menyiasatnya di bawah mana mana peruntukan undang undang yang sesuai.


"Bila bercakap tentang hasutan ini, dia membawa ke arah itu kerana ia menyentuh kewibawaan institusi raja Melayu yang menjadi tonggak kepada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.


"Saya menyeru pihak berkuasa menyiasat segera kerana hal ini boleh menyebabkan huru hara dan ia berkaitan campurtangan orang bukan dari Selangor. Pihak berkuasa perlu buka kertas siastan dan dakwa jika ada sebarang kesalahan," katanya.



Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page