top of page

'Persempadanan semula wajib, bukan nak menangkan pemerintah'



Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadual akan dilakukan pada penggal pemerintahan Kerajaan Perpaduan adalah berdasarkan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan kajian semula batasan sempadan bahagian pilihan raya setiap 8 tahun sekali.


Bagi Pengarah Biro Pekerjaan KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, dakwaan pembangkang kononnya persempadanan semula kali ini akan digunakan untuk memastikan Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Umum ke 16 adalah keterlaluan dan bersifat prejudis.


Katanya, persempadanan semula amat wajar berdasarkan ketidakseimbangan taburan pengundi di sesuatu kawasan dan pertambahan mendadak pengundi berumur 18 tahun.


"Masalahnya dah wajib tukar (had sempadan kawasan). Wajib persempadanan semula dilakukan. Mana mungkin kawasan beratus ribu orang (diwakili) satu wakil rakyat. Dia kena jaga ratus ribu penduduk dalam konteks dia nak beri kesasamaan peruntukan.


"Misalnya ada kawasan di Perak hanya 22,000 pengundi manakala di Kapar, Selangor pula hapir 200,000 pengundi.


"Apa yang saya lihat keperluan untuk persempadanan semula sudah wajib. Itu perkara yang membolehkan kesaksamaan (peruntukan) kepada rakyat," katanya dalam forum "Borak Dahsyat: Setahun Malaysia Madani" malam tadi.

.

Menurut Pengerusi Tekun Nasional itu, sekiranya sempadan kawasan sedia ada yang tidak seimbang terus dikekalkan maka kerajaan telah mengkhianati pengundi dalam mendapatkan khidmat wakil rakyat yang lebih efisien.


"Kalau tengok di Kota Raja dekat 300,000 pengundi. Bangi juga beratus ribu. Kita telah ada 2/3 majoriti (di Dewan Rakyat yang memudahkan kelulusan), ikut pandangan SPR kita perlu buat (sempadan baharu).


"Persempadanan semula itu satu keperluan dan tidak boleh dinafikan atas hak rakyat itu untuk diwakili," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page