top of page

Persempadanan semula: Sarawak adakan sesi libat urus dengan SPR



Persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak sedang di peringkat libat urus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Bercakap kepada pemberita selepas berkunjung ke kediaman Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2024 pada Isnin, beliau berkata sudah ada pemakluman dari pihak SPR berkaitan menyemak semula persempadanan itu.


"Kita akan hantar cadangan. pihak SPR akan menyemak semula cadangan tersebut dan memberi keputusan terhadap cadangan yang diberi," katanya dipetik.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh awal Januari lalu berkata, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan persempadanan semula DUN Sarawak.


Persempadanan hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.


Urusan kajian semula persempadanan bagi negeri Sarawak jelasnya sudah diselesaikan pada 2015 lalu.


Sementara itu, Abang Johari ketika ditanyakan mengenai jumlah DUN yang akan terlibat, beliau menyatakan tidak pasti mengenainya kerana ia perlu terlebih dahulu dibincangkan dengan suruhanjaya itu.

"Kita lihat nanti berapa DUN yang terlibat kerana perbincangan dengan pihak SPR ini bukan sahaja melibatkan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi ia juga melibatkan parti-parti lain," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page