top of page

Persempadanan semula penuhi keperluan pengundi, bukan menangkan Perpaduan



Oleh: Abdullah Zaid


Persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat atas keperluan populasi pengundi dan bukannya untuk tujuan memenangkan parti Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Batu Pahat Pahat, Onn Abu Bakar.


Membidas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari, Onn berkata Ahli Parlimen Pasir Mas itu seharusnya berlaku adil kepada pengundi terutama di kawasan yang jumlab penduduk terlalu tinggi.


Menggunakan kawasan Kapar dan Bangi sebagai contoh, pemimpin KEADILAN itu menjelaskan jumlah pengundi di kawasan berkenaan terlalu besar untuk satu Parlimen dan perlu dipecahkan.


"Kita tengok sendiri di Parlimen Kapar dan Bangi jumlah pengundi begitu tinggi, kalau ikut data 300,000 ribu pengundi di Bangi terlalu tinggi," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fadhli Shaari, yang mendakwa proses persempadanan semula yang akan dilakukan pada penggal pemerintahan Kerajaan Perpaduan merupakan ‘kad terakhir’ PH-BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.


Mengulas lanjut, beliau seterusnya menasihati pemimpin PN itu agar tidak menggunakan isu persempadanan semula sebagai isu meraih sokongan terutama di sosial media.


Sebaliknya, beliau menyeru blok pembangkang tampil berbahas di Dewan Rakyat bagi memperincikan serta memperhalusi perkara tersebut daripada membuat tohmahan melulu.


"Kalau kita lihat pengundi di Kapar contohnya majoriti pengundi ialah orang Melayu jadi saya tak rasa persempadanan semula ini boleh beri ancam kepada pengundi.


"Sebab itu, saya fikir pihak pembangkang sepatutnya tahu asas keperluan persempadanan semula bukan sebab kepentingan tertentu. Lagi baik mereka bincangkan di Parlimen dan bukannya di Tiktok," tegasnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page