top of page

Persembahan Hari Kebangsaan menakjubkan - Fahmi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 31, 2024
  • 1 min read

ree

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Fahmi Fadzil mengucapkan syabas kepada warga Kementerian Komunikasi dan semua peserta persembahan sambutan Hari Kebangsaan yang beraksi di Dataran Putrajaya pagi tadi.


Beliau yang buat kali kedua berjaya menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan secara gilang gemilang menyifatkan para peserta telah mencuri perhatian rakyat sepanjang acara sambutan.


"They stole the show!", katanya di Facebook.


"Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan daripada saya dan seluruh warga Kementerian Komunikasi kepada 2,000 pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam pasukan persembahan Teres Grafik Manusia (Human Graphic) pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya.


"Persembahan yang sangat menakjubkan daripada mereka.


"Kesemua pelajar ini adalah daripada 50 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar negeri Selangor.

Mereka berlatih secara intensif selama 2 bulan untuk merealisasikan persembahan hari ini," kata Fahmi lagi.

ree
PM menyalami sebanyak mungkin rakyat

Dalam pada itu, sambutan Hari Kebangsaan ini juga menyaksikan Perdana Menteri berjiwa rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari protokol biasa pada penghujung acara dengan bersama sama beberapa Menteri Kabinet menemui rakyat yang berhimpun dan memberi tabik hormat kepada mereka yang sepanjang tahun berusaha keras memastikan Malaysia makmur, ekonomi gemilang dan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat.


Dengan pengawalan anggota keselamatan yang terbatas Anwar menyalami sebanyak mungkin hadirin di lokasi sambutan sebelum beliau berangkat pulang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page