top of page

Persatuan Murut anjur program tanaman Halia Madani Pedalaman Sabah



Oleh: Abdullah Zaid


Demi menyahut seruan Perdana Menteri dalam menoktahkan kemiskinan, Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) menganjurkan program penanaman Halia Madani Pedalaman Sabah di Sepulut, Pensiangan.


Presidennya, Raymond Ahuar yang juga Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan berkata, inisiatif yang akan diusahakan sendiri oleh peserta itu akan dimulakan di Zon Batu Punggul, Sepulut, Pensiangan.

Tanaman halia dibantu dana Tekun Nasional

Jelas Raymond, program itu turut mendapat dana sokongan daripada pihak Tekun Nasional selain dibantu oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Sabah.


"Penanaman Halia MADANI ini hasil daripada lawatan Datuk Abdullah Sani (Pengerusi Tekun Nasional) ke Pensiangan Sabah sempena Program Paguguyuan XIII Pedalaman Sabah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) dengan dibantu oleh IPG Keningau Sabah," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, kata beliau, pelaksanaan program berkenaan juga mendapat nasihat Pengarah Bahagian Pengembangan Jabatan Pertanian Malaysia, Johari Abdullah yang turut menjadi ahli panel dalam forum program Paguguyuan XIII Pedalaman Sabah baru baru ini.


Tambah Raymond, sasaran keseluruhan peserta yang terlibat mengikut zon adalah seramai 350 ketua keluarga dan peserta.


"Saya harap lebih ramai anak muda di kalangan B40 yang menyertai program ini dan bantuan pinjaman pembiayaan dari pihak Tekun Nasional amat kami harapkan.


"Selain itu, kita juga berharap lebih banyak agensi atau Jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri membantu usaha PKKMM untuk menjayakan program ini," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page