top of page

Persatuan belia terus dibantu depani cabaran baharu - Adam Adli

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 11, 2024
1 min read


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus membantu pertubuhan atau persatuan belia di negara ini mendepani cabaran transisi perubahan umur belia.


Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihaknya akan mempelbagaikan platform penerangan kepada golongan sasar berhubung pelaksanaan Pelan Transisi Kepimpinan Belia termasuk melalui inisiatif baharu Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM).


"Selain memberi penerangan terhadap Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007), program ini bertujuan merekrut lebih ramai pemimpin dan ahli baharu dalam sesuatu persatuan," katanya.


Adam Adli ditemui selepas Program Kembara JOM di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.


Sementara itu tambahnya, program JOM dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia serta Jabatan Belia dan Sukan Negara membolehkan pemegang taruh memberikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi kementerian.

Maklum balas dan pandangan itu akan digunakan bagi memuktamad pelan itu yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta 668.


Antara kandungan utama pindaan Akta 668 ialah penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun dan penetapan had umur ketua atau pemegang jawatan pertubuhan itu dari 18 hingga 30 tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page