top of page

Perpaduan ummah: Demi kuasa Pas cuci keburukan yang mereka lempar ke BN



Pas tidak lagi boleh digelar parti suci yang menegakkan hukum Islam apabila demi mempertahanan kuasa mereka sanggup 'mengejar dunia' sebagaimana parti sekular yang dicaci ketika menjadi pembangkang dahulu.


Menurut Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sikap Pas yang berubah 360 darjah itu terpamir apabila mereka sanggup berkerjasama dengan Umno yang terbuti mempunyai pemimpin rasuah dan MCA yang pernah dianggap kafir harbi suatu ketika dahulu.


"Demi kemaruk kuasa dan jawatan, Pas sanggup mendekati sesiapa sahaja termasuklah golongan dan pemimpin parti yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah.


"Ini bercanggah dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menolak golongan perasuah. Tetapi demi kuasa, Pas tidak peduli semua itu walaupun tindakan ini menjatuhkan maruah sendiri.


"Demi kuasa juga, Pas sanggup mencuci segala kekotoran yang pernah dilempar sendiri oleh mereka sebelum ini terhadap MCA dan Gerakan yang menolak hudud," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Pulai itu lagi, sikap hipokrit dan tidak boleh dipercayai Pas itu semakin menjadi jadi apabila mereka bergabung bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN) ketika masih pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan kemudian bergabung pula dalam PN untuk memerintah negara.


Katanya, Pas juga tidak menunjukkan apa apa pencapaian sepanjang menjadi kerajaan kecuali meraih kecurigaan dalam tindakan politik dan muslihat mereka.


"Sepanjang Pas berada dalam kerajaan, tiada pencapaian yang membanggakan berjaya diraih dalam meninggikan kedudukan dan martabat orang Melayu dan Islam di negara ini.


"Malah RUU355 yang pernah dijadikan alat untuk Pas melabel pihak lain sebagai musuh Islam juga tidak diperjuangkan. Rata-rata nasib orang Melayu dan Islam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas juga tidak terbela. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Menteri Air dari Pas terhadap masalah bekalan air bersih di Kelantan.


"Sebaliknya, lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang kekal berlaku termasuklah di negeri yang ditadbir oleh Pas sendiri. Pas tidak mungkin mampu untuk menjawab dakwaan ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page