top of page

Perpaduan Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 2 min read
Ketaatan kepada raja dan kerajaan jamin perpaduan rakyat. Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Ketaatan kepada raja dan kerajaan jamin perpaduan rakyat. Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Oleh: Shahbudin Embun


ULASAN: Amanat Hari Kebangsaan 2025 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) perlu diberi perhatian serius oleh rakyat Malaysia, khasnya mereka yang ingin melihat negara kita terus maju dengan berteraskan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara.


PMX dengan lantang menjelaskan tiada negara yang mampu bertahan jika rakyatnya dipecah belahkan oleh hasutan dan kebencian. Dalam hal ini, sememangnya kita semua boleh berbangga dengan identiti bangsa masing-masing, namun itu tidak pernah memberi ruang untuk meremehkan atau menghina kaum lain.


Itu sebabnya PMX terus menegaskan bahawa golongan yang cuba memecahbelahkan rakyat mesti dihalang dengan tegas kerana tindakan seperti itu hanya akan meruntuhkan masa depan negara.


Hasutan, batu penghalang semangat perpaduan


Dalam hal ini, pastinya rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan mesti terus menentang segala bentuk hasutan yang berbaur perkauman serta menghentikan politik kebencian oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang kononnya memperjuangkan nasib dan suara rakyat di negara ini.

Penulis - Shahbudin  Embun
Penulis - Shahbudin Embun

Mereka yang sentiasa menunggang pelbagai isu ini sebenarnya berfikiran sempit dan hanya memikirkan agenda masing masing yang akhirnya akan menjadi batu penghalang kepada semangat perpaduan di negara kita.


Apa yang ditekankan oleh PMX menunjukkan semangat kemerdekaan yang mesti disemai di dalam hati kita semua untuk membina dan terus membangunkan sebuah negara yang aman dan sama berganding bahu membantu antara satu sama lain, di kala kita senang mahupun ketika susah.


Dengan adanya semangat seperti ini, kita semua mampu menyemai dan menguatkan patriotism, serta memperkukuh azam demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.


Selain itu, PMX juga telah mengingatkan kita semua untuk menghargai pengorbanan generasi tardahulu, serta menghayati erti kemerdekaan. Ini merupakan satu pesanan yang perlu diambil perhatian oleh golongan generasi muda hari ini. Perlu diingatkan bahawa anak muda hari ini merupakan generasi yang bakal memimpin negara kita pada masa depan.


Kita tidak boleh menafikan bahawa golongan anak muda ini merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat Malaysia. Itu sebabnya mereka ini merupakan satu daripada ejen perubahan dalam usaha negara kita membentuk sebuah negara maju , berintegrasi dan dan sentiasa berupaya menghadapi pelbagai cabaran global.


Perpaduan kunci kemajuan ekonomi, kestabilan politik


Dan kepada golongan inilah, kita semua perlu sentiasa menyemai semangat perpaduan kerana hanya melalui perpaduan yang utuh akan menjadi tunjang kekuatan kita semua, dan jangan jadikannya sebagai jurang pemisah yang akan melemahkan negara kita.


Itu sebabnya juga semangat perpaduan yang sentiasa dilaungkan ketika menyambut Hari Kebangsaan perlu sentiasa disemai dan diperkukuhkan dan bukan hanya ketika kita menyambut Hari Kebangsaan.


Kita semua telah membuktikan bahawa perpaduan yang kuat bukan sahaja kunci kepada kemajuan ekonomi dan kestabilan politik, tetapi akan menjadi benteng pertahanan terbaik dalam menghadapi pelbagai dugaan dan ujian, baik yang datang dari dalam negeri mahupun dari elemen luar yang semakin mencabar.


Penulis merupakan Pengerusi Biro Kepimpinan Dan Pentadbiran Negara MPM

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page