top of page

Perpaduan PH-BN gentarkan pembangkang - Mat Sabu



Pembangkang disifatkan merasa tidak senang duduk dengan perpaduan kukuh terjalin antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perpaduan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan semakin terserlah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ketika ini.


Pembangkang yang semakin risau dengan perkembangan itu katanya cuba memainkan sentimen mengelirukan rakyat dalam usaha memecahbelah kerjasama itu.


"Sekarang ini mereka takut... perpaduan kita membimbangkan mereka…


"Sebab kalau perpaduan PH-BN berterusan hingga menang di Pulai dan Simpang Jeram dan akan datang (PRK) DUN Pelangai, Pahang, gelombang hijau (Perikatan Nasional) akan berakhir," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI PRK Parlimen Pulai di Taman Uda Utama di Perling malam tadi.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi PH.


PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon PH, PN dan Bebas, dengan hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page