top of page

Perpaduan Melayu bersama UMNO: Tiba masa ahli persoal hala tuju Pas - Faiz

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4
  • 2 min read


Ajakan Pas kepada UMNO untuk kembali bergabung dalam koalisi sebagaimana Muafakat Nasional sebelumnya merupakan kesan daripada kemerosotan pengaruh parti itu dalam Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning baru baru ini.


Bagi Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil, taktik Pas ini mudah dibaca kerana parti itu sering melakukan kerjasama apabila lemah tetapi menyombongkan diri apabila kuat dan memperolehi sokongan padu dari pengundi.


Katanya, alasan perpaduan Melayu sehingga Pas mahu melutut semula kepada UMNO sebaik baiknya diwaspadai agar tidak terperangkap dengan taktik kotor parti tersebut apabila tersepit.


"Inilah yang saya sebut dalam kenyataan bahawa Perpaduan Melayu akan dimainkan bila parti jadi lemah dan kekalahan di PRK Ayer Kuning menunjukkan Pas dan PN semakin lemah. Kekalahan kepada UMNO pula menunjukkan betapa kuatnya sokongan rakyat termasuk orang Melayu kepada gabungan Perpaduan.


"Kekuatan inilah yang sangat ditakuti Pas dan Pas tiada pilihan lain selain mengalunkan semula Perpaduan Melayu yang ditolak oleh mantan Presiden Pas itu. Di sini jelas bahawa Perpaduan Melayu hanyalah satu alat politik dan ini bukan satu perjuangan yang ikhlas," katanya dalam kenyataan.


Menurut Faiz, berdasarkan sejarah Pas tidak pernah ikhlas berkawan dengan mana mana parti politik sama ada Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun Muafakat Nasional.


"Pas Pernah berkawan dengan DAP dan KEADILAN, tetapi bercerai atas alasan RUU355, tetapi sekarang tidak lagi kedengaran suara RUU355.


"Berkawan dengan UMNO atas penyatuan Melayu, tetapi bercerai lagi sekali dengan UMNO. Kini, apa sahaja isu, hanya dikaitkan dengan DAP. Namun, berdasarkan sikap Pas ini, tidak mustahil yang Pas boleh berkawan semula dengan DAP," sinisnya.


Hal itu, tegas Faiz, berbeza pada waktu Pas dikemudi oleh Datuk Fadzil Noor yang cukup ikhlas berkawan dan meletakkan prinsip sebagai asas koalisi. Tetapi Pas di zaman Hadi Awang, katanya, meletakkan keuntungan politik sebagai asas muafakat.


Oleh itu, dengan 'main mata' terbaharu Pas kepada UMNO ini maka Faiz menyeru ahli biasa parti itu agar bermuhasabah dan memikir sejenak apakah hala tuju sebenar parti agama itu?


Apakah terus menerus mahu 'kahwin-cerai' demi kuasa atau benar benar mahu memartabatkan Islam.


"Justeru, ahli Pas perlu bersuara dan bertanya kepada pemimpin Pas sekarang, ke mana halatuju Pas? Pas dakwa nak bawa ahli ke akhirat, tetapi akhirat yang mana jika prinsip perjuangan pun tidak menentu dan flip flop.


"Ternyata permainan Pas ini satu politik dan bukan agama. Maka, tiada sebab untuk orang ramai percaya syurga neraka ditentukan Pas. Kini masa sudah tiba untuk kita mula persoalkan Pas," katanya lagi.


Semalam Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pendirian Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tidak bercanggah dengan dasar yang dipegangnya.


"Kita pun pernah bekerjasama dengan UMNO sebelum ini, sekarang berpisah. Bersatu pun sebelum ini tak pernah ada kerjasama (dengan Pas), tapi sekarang ada kerjasama.


"Jadi semua kemungkinan-kemungkinan itu boleh berlaku. Asas kepada politik ini ialah muafakat dan sudah tentulah bagi parti yang berteraskan agama seperti Pas, keutamaan Islam itu di hadapan.


"Pas menerima dan terbuka (untuk kerjasama dengan UMNO)," katanya dipetik Malaysiakini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page