Oleh: Abdullah Zaid
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Ahmad Kassim berpendapat semangat kebersamaan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) berjaya dizahirkan sepanjang tempoh berkempen ini.
Jelasnya, berdasarkan pengamatan beliau hubungan kepimpinan dan akar umbi di antara dua blok itu adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh beliau.
"Saya sudah keliling ke seluruh Kedah, saya lihat kerjasama momentum kerjasama PH-BN amat baik.
"Ia sahaja melibatkan pemimpin besar tetapi jentera juga turut menunjukkan semangat yang sama.
"Sepanjang saya terlibat dalam politik, ini pertama kali saya lihat jentera sanggup berkampung untuk pasang bendera walaupun beza parti," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.
Selain itu, beliau juga turut berpandangan momokkan PN untuk menakutkan pengundi kononnya Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan juga dilihat semakin luntur.
"Jika dibanding PRU15 (Pilihan Raya Umum) Gelombang Hijau kononnya cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu yang mengatakan Islam dan Melayu akan terancam jika kita ambil alih (Kerajaan Perpaduan).
"Tapi selepas 8 bulan perkara yang disebut-sebut itu tidak berlaku.
"Jadi rancangan mereka sekarang ini cuba mengalih perhatian mengenai isu-isu ekonomi dan harga barang yang mana kita sendiri telah berjaya menguruskannya," ujarnya lagi.
Comentários