top of page

Perpaduan harta paling berharga perlu dipertahankan - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bersama membina negara yang lebih perkasa, adil dan makmur untuk generasi akan datang.


Menteri Besar Selangor Seri Amirudin Shari berkata, perjalanan membentuk negara bukan mudah, namun keberanian pemimpin terdahulu telah menjadikan Malaysia sebuah tanah air yang bebas, makmur dan penuh harapan.


"Detik bersejarah pada 16 September 1963 Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bersatu membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.


"Perjalanan kita tidak mudah, namun keberanian pemimpin terdahulu, semangat perpaduan rakyat serta tekad untuk berdiri di atas kaki sendiri telah menjadikan Malaysia sebuah tanah air yang bebas, makmur dan penuh harapan," katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.


Kenyataan itu bersempena sambutan Hari Malaysia ke-62 yang diraikan semalam.


Sementara itu Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN turut menegaskan, perpaduan di kalangan rakyat merupakan harta paling berharga yang mesti dipelihara untuk diwariskan kepada generasi masa hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page