top of page

Perpaduan bermula dengan saling mengenali, membantu – Yuneswaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read
Yuneswaran (tengah) dalam Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 di Kuantan
Yuneswaran (tengah) dalam Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 di Kuantan

Perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu dibina menerusi interaksi dan semangat kebersamaan di peringkat komuniti, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran.


Beliau berkata, usaha memperkukuh perpaduan tidak semestinya bermula dengan perkara besar, sebaliknya boleh dipupuk melalui ruang yang menemukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.


"Perpaduan tidak bermula dengan perkara yang besar. Ia bermula apabila kita memilih untuk saling mengenali, membantu dan hidup bersama sebagai satu komuniti," katanya dalam hantaran di media sosial.


Yuneswaran berkata demikian selepas menghadiri Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 di Kuantan, yang menghimpunkan lebih 1,000 penduduk setempat dalam pelbagai aktiviti bersama komuniti.


"Bagi saya, program seperti ini penting kerana perpaduan bukan hanya dibina melalui kata-kata, tetapi melalui ruang yang menemukan masyarakat tanpa mengira latar belakang," katanya.


Dalam program itu, beliau turut merasmikan gelanggang futsal serta melawat Kolam Komuniti Anak Ikan Patin yang disifatkan sebagai contoh kemudahan dan aktiviti komuniti yang mampu menjadi ruang interaksi masyarakat.


"Ini antara contoh bagaimana kemudahan dan aktiviti komuniti boleh menjadi ruang untuk masyarakat berinteraksi, bekerjasama dan mengeratkan hubungan.


"Kekuatan sesebuah komuniti terletak pada semangat kebersamaan yang kita bina bersama," katanya.


Beliau berharap semangat Semarak Merdeka MADANI terus diperkukuh bukan sahaja sepanjang bulan kemerdekaan, malah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat setiap hari.


“Semoga semangat Semarak Merdeka MADANI ini terus menyala, bukan hanya sepanjang bulan kemerdekaan, tetapi menjadi amalan dalam kehidupan kita setiap hari," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page