top of page

Perniagaan tempatan perlu jadi peneraju penyelesaian 5G



Perniagaan tempatan diseru agar menjadi peneraju dalam membangunkan penyelesaian 5G perusahaan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil, 5G memerlukan ekosistem yang betul untuk berkembang maju dan dalam membangunkan ekosistem yang teguh, usaha rapat dan bersepadu perlu wujud antara sektor swasta, pihak korporat, pemboleh teknologi dan penyedia ketersambungan.


"Saya amat menggalakkan semua perusahaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merupakan nadi ekonomi negara kita, untuk mencari penyelesaian baharu secara aktif, memanfaatkan teknologi termaju yang akan memacu fasa pembangunan seterusnya untuk perniagaan anda, untuk industri, untuk negara," katanya.


Fahmi berucap melalui rakaman video pada Persidangan dan Pameran Teknologi MY5G CelcomDigi di Kuala Lumpur pada Rabu.


Persidangan itu berfungsi sebagai platform penting yang membolehkan pelbagai industri dan pihak berkepentingan berkumpul dan meneroka peluang dalam memacu penggunaan 5G untuk transformasi dan pertumbuhan yang berkesan


Sementara itu dalam ucapannya juga, Fahmi menegaskan bahawa ketersambungan internet dan kebolehcapaian digital dan baru-baru ini teknologi 5G, adalah komponen penting bagi mana-mana negara dan pembangunan ekonomi mereka.


"Dengan infrastruktur 5G yang kukuh, lebih ramai rakyat Malaysia, PKS atau perusahaan merentasi industri boleh mendapat manfaat besar daripada asas yang cekap untuk perkhidmatan dan aplikasi digital bagi dibangunkan, disimpan, diedarkan dan digunakan," tambahnya.


Untuk rekod, di bawah Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif, termasuk geran pendigitalan berjumlah RM100 juta yang akan memanfaatkan lebih 20,000 PKS dan usahawan mikro

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page