top of page

Pernahkah nak cari telur ayam susah, inilah Malaysia di bawah BN - PN



Rakyat diingatkan agar tidak memilih BN atau PN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.


Calon parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, di bawah kerajaan BN - PN selama 33 bulan keadaan kehidupan rakyat telah menjadi paling buruk dalam sejarah sehingga untuk mendapatkan telur ayam pun sukar di samping barang keperluan lain yang mahal.


"Saya bercakap dengan pakcik jual roti canai, bukan Mei dulu harga tepung RM40 seguni, hari ini RM75 seguni.


"Harga ayam masa kita (PH) perintah RM6.50 sekilo. Sekarang dapat harga RM10 dikira magic. Telur ayam dah tak ada. Nak beli telur ayam pula kena tunggu lori telur sampai di supermarket, berebut nak dapatkan telur.


"Cuba ingat, pernah tak satu ketika kita nak cari telur sesusah hari ini. Malaysia tak pernah jadi seteruk ini. Tetapi saya tak faham PM Ismail Sabri, tak mengaku kebobrokan ini.


"Ini bukan pasal 22 bulan. Ini hasil 33 bulan di bawah kerajaan BN - PN. Undi PN atau undi BN mereka akan dapat Zahid Hamidi (Presiden Umno), sama sahaja," katanya dalam ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh Wilayah, malam tadi.


Oleh itu, Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu menasihatkan rakyat jangan tersalah pilih kerana kesannya negara akan terjerumus ke dalam kerosakan ekonomi yang lebih parah.


"Kita tak banyak masa, Malaysia berada di persimpngan. Salah pilih, hari Isnin (depan) pasaran saham merudum. Salah pilih silap silap matawang ringgit terus menjunam. Tetapi pilih PH, Isnin saham naik, matawang naik dan Datuk Seri Anwar naik menjadi PM ke 10," katanya.


Beliau juga tidak lupa meningatkan pengudi di parlimen Sungai Buloh, 20 kilometer dari Wangsa Maju yang begitu teruk dimamaikan kononnya calon Melayu di sana adalah bakal perdana menteri sedekad akan datang


Katanya, negara telah sampai ke era untuk memberi barang makanan pun sukar, adakah rakyat boleh menunggu 10 tahun lagi.


"Kalau ada pengundi Sungai Buloh, beritahu kawan di sana. Kita bukan bincang siapa nak jadi PM 10 tahun akan datang seperti Khairy cakap. Undi PH inshaAllah Datuk Seri Anwar jadi PM kurang 10 hari dari sekarang.


"Tetapi undi BN dapat PN, memang scammer sungguh (BN - PN). Cukuplah kita tengok kegagalan mereka 33 bulan," katanya.


Beliau juga mengajak hadirin yang mendengar dan menonton ceramah agar menjadi jurukempen sukarela dan menyampaikan mesej PH kepada rakan atau keluarga terdekat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page