top of page

Permudahkan SOP perkahwinan pasangan muda pada waktu PKP - Pemuda PH Wilayah



Prosedur Operasi Piawai (SOP) perkahwinan pasangan muda sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berbelit-belit dan menyusahkan sepatutnya dijawab dengan tuntas oleh Ahli-ahli Parlimen Pas yang bergelar Menteri di Dewan Rakyat.


Bagaimanapun menurut Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam, menteri-menteri Pas lebih suka menjawab secara retorik dan berpolitik di Parlimen sehingga jawapan meyakinkan dari pertanyaan Ahli Parlimen PH tidak dikemukakan.


"Saya ingin menzahirkan kekecewaan terhadap jawapan yang dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen Pas iaitu Idris Ahmad (Menteri Agama) dan Zailah (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) di Parlimen berkaitan kementerian penting (di bawah jagaan mereka) untuk umat Islam.


"Kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri sepatutnya memanfaatkan sidang Parlimen untuk membentangkan perkara dasar. Sebaliknya, jawapan Parlimen yang diberikan dilihat bersifat dendam politik dan hanya berbentuk laporan lawatan yang langsung tidak menggambarkan kompetensi sebagai pembuat dasar atau seorang Menteri dan Timbalan Menteri.


"Antara perkara dasar yang boleh dibentangkan adalah jalan keluar kepada polisi yang tidak mesra pasangan muda yang mahu mendirikan rumah tangga ketika pandemik Covid-19 ini," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Asmaaliff, SOP yang rumit bagi pasangan muda itu menyebabkan mereka menangguhkan pernikahan sehingga boleh menyebabkan gejala maksiat, atau pun membatalkan pernikahan sama sekali.


"SOP perkahwinan yang sangat merumitkan menyebabkan ramai anak muda terpaksa menangguhkan pernikahan. Malah bukan jumlah sedikit yang berhasrat membatalkan perkahwinan mereka.


"Saya menggesa Kerajaan melalui dua kementerian ini supaya mengemaskini dan mengkaji semula SOP bagi memudahcara pasangan muda yang melangsungkan perkahwinan mereka ketika negara bersedia menuju endemik Covid-19," katanya.


Sehubungan itu, beliau menggesa agar SOP perkahwinan dipermudahkan, apatah lagi ketika Covid 19 mula dianggap sebagai endemik dan perlu diterima sebagai virus yang bersama kehidupan seharian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page