top of page

Permudahkan modal untuk PKS, bank harus amalkan konsep keuntungan optima, bukan maksima



Bank-bank milik kerajaan sewajarnya memudahkan pemberian modal kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik ekonomi hari ini.


Mantan Pegawai Khas Ekonomi Timbalan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan, Ameer Ali bin Vali Mohamed berkata, dasar ekonomi yang terteraskan sistem kewangan neo-liberal di Malaysia perlu ditambah baik bagi menyokong perniagaan rakyat biasa.


"Institusi yang ada sekarang ini dua sahaja, siyasi dan tijari. Siyasi maknanya kerajaan, misalnya SME Bank atau bank pembangunan, itu adalah siyasi, kerana 7 - 8 buah bank pembangunan dipunyai oleh Kementerian Kewangan. Bank-bank ini tidak sepatutnya mempunyai objektif tijari (perniagaan) tetapi sepatutnya lebih kepada siyasi.


"Objektif politik (bank) bukan objektif parti tetapi perspektif politik membantu rakyat. Contohnya bank untuk PKS.


"Persoalannya ialah berapa peratus daripada pembiayaan bank ini diberi kepada perusahaan kecil? Namanya SME Bank, berapa peratus pergi kepada perniagaan kecil dan berapa pula perusahaan sederhana? Bank ini tidak boleh keluar dari bidang PKS, itu tijari yang take over," katanya dalam siaran langsung Facebook Gabungan Reformis Malaysia, bertajuk: "Agenda Digital Ekonomi Manusiawi 2030", baru-baru ini.


Bagi beliau, kerajaan yang mahu menggalakkan rakyat berniaga perlu memikirkan dari manakah usahawan akan mendapat modal permulaan.


Katanya, institusi kewangan yang bermotifkan keuntungan sukar untuk memberi modal permulaan kepada PKS. Ataupun, kata Ameer, kerajaan mengalakkan konsep keuntungan optimum sebagai jalan keluar.


"Modal permulaan institusi tijari memang sukar untuk beri. Tijari objektifnya buat duit. Cuma dari segi ekonomi manusiawi, yang ini sejak 1980an dahulu kita cakap, ini bukan mengenai keuntungan maksima tetapi keuntungan optima.


"Memaksimum keuntungan maknanya kita langgar semua. Apa sahaja kita buat untuk dapat untung maksimum. Untung optima pula kita mahukan untung tetapi kita buat sesuatu dalam parameter yang betul, misalnya alam sekitar kita jaga, kita lihat faktor itu dan ini, semua kita ambil pertimbangan.


"Ekonomi Islam lebih kepada keuntungan optima," katanya lagi.


Konsep keuntungan bank dalam Islam serius dibincangkan sejak negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 tahun lalu apabila bank-bank mengeluh untuk memberi moratorium kepada peminjam, sedangkan laporan kewangan tahunan menunjukkan keuntungan bank-bank tersebut masih dalam angka ratusan atau ribuan juta ringgit setahun.


Mungkin tiba masanya kerajaan memperkenalkan konsep keuntungan optima kepada bank-bank agar lebih manusiawi dalam amalan perbankan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page