top of page

'Permudah birokrasi, pelaburan lebih cepat menghasilkan pekerjaan'



Birokrasi menjadi satu isu yang besar dalam usaha Kerajaan Perpaduan menarik pelaburan secara besar besaran ke Malaysia sejak hampir setahun lalu.


Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, usaha perlu dilakukan bagi memendekkan tempoh untuk memberi kelulusan kepada projek atau produk bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuka kilang atau perniagaan di Malaysia.


"Cabaran kita yang utama peperangan melawan birokrasi, kerana kadang kadang pemikiran kita inilah proses (untuk pelaburan). Kita kena ikut proses. Jadi kalau itu proses, kena tukar proses itu supaya dipermudahkan


"Pelabur asing dan tempatan nak masuk duit akan buat perbandingan Singapura, Thailand, Vietnam, kalau mereka cepat kenapa Malaysia perlahan. Kita tidak boleh cakap kita lambat kerana inilah prosesnya.


"Itu ialah cabaran utama, di mana birokrasi itu adalah musuh kita. Kita kena pastikan kita kurangkan red tape. Oleh itu dalam perancangan kita. Kita buat kajian berssma Bank Negara apabila sesebuah syarikat nak melabur apa point dia, patut boleh kurang, dipermudahkan


"Jadi kita mitigate dan ini akan memudahkan proses," katanya dalam forum bertajuk "BAJET 2024 : Cabaran Malaysia Menarik Pelaburan Asing" malam tadi.


Beliau memberi contoh mengenai kelulusan sijil halal yang mengambil masa 60 hari sebelum ini dan telah berjaya dipendekkan kepada 23 hari.


Mengenai soalan bilakah nilai pelaburan yang diumumkan itu akan memberi manfaat kepada rakyat berupa peluang pekerjaan, kata Tengku Zafrul, bergantung kepada seberapa cepat proses kelulusan dan pembinaan industri berjalan dan sebagainya.


"Kita umum itu yang telah lulus bukannya komitmen. Kerana kalau nak buka kilang ini terutama dalam industri pembuatan akan memakan masa nak pecah tanah, letak peralatan dan sebagainya, makan masa 2 - 3 tahun.


"Yang penting bagi kita memastikan perlaksanaan dan pemantauan itu betul.


"PM telah umumkan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan yang akan membuat laporan kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh PM sendiri dan akan bermesyuarat setiap bulan.


"Ini bagus, apa apa isu PM turun padang. Baru ini ke Tanjung Malim melihat pelaburan Geely, komitmen RM32 bilion. MB ada, saya ada, semua agensi yang berkaitan ada," katanya.


Selain itu, Tengku Zafrul juga berkata kerajaan turut akan meningkatkan jumlah gaji dan tidak hanya mengutamakan pelaburan tetapi nilai pendapatan yang bakal diterima rakyat.


"Pelaburan pada 6 bulan pertama tahun ini RM132.6 bilion.


"Dalam RM132 bilion ini peluang pekerjaan yang dicipta hampir 56 ribu peluang


"Peluang pekerjaan yang macam mana? Oleh itu dalam Pelan Induk Perindustrian, menyasarkan supaya gaji seseorang itu naik dari sekarang kurang RM2,000 kepada RM4,500 pada 2030.


"Kita nak pendapatan isi rumah itu naik, bukan sahaja pekerjaan tetapi kualiti pekerjaan itu," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page