top of page

Permohonan 'Visa Dengan Rujukan' dilanjutkan ke 21 April

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memutuskan lanjutan tarikh akhir untuk permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) kepada 21 April berbanding 31 Mac sebelum ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelanjutan itu berikutan jumlah kuota aktif sebanyak 132,000 masih belum memohon.


Tambahnya, tempoh pelanjutan itu disebabkan gangguan teknikal dalam sistem gangguan teknikal yang berlaku pada 21, 22, 23, 27, 28 dan 29 Mac lalu.


"Tempoh pelanjutan itu akan memberi peluang kepada majikan menyelesaikan surat kelulusan VDR dengan segera.


"Selain itu, trend kemasukan sejak lima tahun kita semak tidak melebihi 80% daripada keseluruhan kuota yang diluluskan," katanya dalam Sidang Media Menteri Dalam Negeri, di Putrajaya, hari ini.


Oleh itu, Saifuddin menjangkakan kira-kira 105,600 pekerja akan diberi Surat Kelulusan VDR daripada 132,000 kuota yang masih belum memohon Surat Kelulusan VDR.


"Kuota yang masih belum memohon surat kelulusan VDR ia beri manfaat dalam sektor kritikal seperti peladangan.


"Justeru para majikan perlu mengambil kesempatan memanfaat tempoh lanjutan bagi mengelakkan trafik tinggi pada saat akhir," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page