top of page

Permohonan maaf Razman bukti PN guna fitnah perdaya rakyat - Halimey



Permohonan maaf oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria terhadap Pengerusi Pakatan Harapan(HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi bukti bahawa pemimpin Perikatan Nasional (PN) menggunakan fitnah dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.


Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Halimey Abu Bakar berkata jentera PN menggunakan platform media sosial seperti TikTok untuk menyebarkan fitnah ke atas pemimpin PH.


Menyifatkan ia sebahagian budaya jahat yang mesti dihentikan, Halimey menyatakan rasa kesal apabila siri-siri fitnah berterusan walaupun pilihanraya telah berakhir.


"Sekarang mereka masih guna pendekatan memfitnah, jadi saya sarankan mereka cukuplah.


"Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini nak bantu rakyat dan kebanyakkan rakyat sedar tentang perkara itu," kata Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran pusat khidmat rakyatnya pada Ahad.


Khamis lalu, Razman yang juga ADUN Gunong Semanggol, Perak memohon maaf kepada Anwar berikutan dakwaannya Anwar mahu membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri.


Anwar, beberapa hari sebelum pilihanraya menghantar surat tuntutan supaya Razman menarik semula tuduhan itu, namun Razman berkeras tidak mahu menarik balik atau membuat permohonan maaf terhadap Anwar.


"Kita lihat sendiri Razman akhirnya mohon maaf.. ini bukti mereka memang fitnah. Kita juga tahu kes berkaitan saman fitnah banyak melibatkan pemimpin Pas," tambah Halimey lagi.


Sebelum ini seorang pemimpin Amanah turut mengulas permohonan maaf oleh Razman.


Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil berkata, orang Melayu perlu mengambil iktibar dari permohonan maaf Razman bahawa kempen PN dibuat dengan menunggang isu kaum dan agama yang mana ia fitnah semata-mata.


"Jelas, fitnah yang dibawa Pas ini menyimpang jauh daripada Islam.


"Pas kini bukan sahaja hilang kompas moral, tetapi juga nilai Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page