top of page

Permohonan baharu sertai KEADILAN 78,000 sehingga Januari 2022



Permohonan baharu menyertai KEADILAN sehingga Januari 2022 sebanyak 78,093 permohonan, membuktikan parti berkenaan terus mendapat sokongan meskipun musuh politik mendakwa sebaliknya sejak tewas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, angka sebesar itu diterima sejak 2 bulan lalu melalui pendaftaran atas talian dan secara manual.


"KEADILAN telah menerima sejumlah 78,093 permohonan keanggotaan baru setakat penutupan pendaftaran pada 31 Januari 2022.


"Angka ini diterima KEADILAN sejak 24 November 2021 lalu. Penyertaan dengan jumlah yang begitu besar ini menunjukkan KEADILAN terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat untuk terus memacu politik dan kepimpinan negara.


"Anggota-anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Januari 2022 ini akan dibentangkan kepada Cabang untuk proses semakan dan bantahan dibuat sebelum senarai dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti," katanya.


Kata beliau, proses tersebut akan dibuka bermula 3 Februari 2022 sehingga 9 Februari 2022. Jika terdapat bantahan pada senarai anggota baharu yang dibekalkan, Cabang boleh kemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari 2022.


"Kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat. Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad.


"Ibu Pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Februari 2022 dan akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti," katanya lagi.


Untuk rekod, keanggotaan KEADILAN menurut Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ogos 2020 lalu mencecah 1,004,629 orang.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page