top of page

Permit syarikat bas nahas di Gerik dibatal serta-merta, langgar syarat perlesenan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 11
  • 1 min read
Anthony Loke mengumumkan tindakan tegas pembatalan permit syarikat bas terbabit kemalangan di Gerik
Anthony Loke mengumumkan tindakan tegas pembatalan permit syarikat bas terbabit kemalangan di Gerik

Permit syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin lalu dibatalkan serta-merta.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat itu didapati melakukan kesalahan memajak permit kepada pihak ketiga selain tidak mengaktifkan Sistem Kedudukan Global (GPS).


"Kita mendapati perjanjian itu [pajakan] antara dua pihak dan tindakan tersebut telah melanggar syarat permit kenderaan awam.


"Apabila diminta untuk menyerahkan laporan GPS bas berkenaan, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana sistem penjejak tidak diaktifkan.


"Saya telah mengarahkan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) membatalkan permit syarikat terlibat serta-merta selepas tempoh surat tunjuk sebab tamat," katanya di Angkasapuri hari ini.


Hadir sama pada sidang akhbar itu Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


Loke menjelaskan syarikat bas yang beralamat di Kedah itu didapati memajak permitnya kepada pihak ketiga di Kelantan, dengan bayaran RM500 sebulan.


Beliau berkata syarikat bas itu juga tidak diberikan peluang rayuan manakala pembatalan permit adalah kekal.


Dalam kejadian pada awal pagi Isnin lalu, sebuah bas sewa khas yang dari Jertih, Terengganu terbalik di JRTB berdekatan Tasik Banding, Gerik hingga mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).


Berdasarkan saksi yang berkongsi rakaman video dashcam, bas terbabit didapati hilang kawalan sebelum terbalik dan merempuh besi penghadang jalan ketika tiba di satu selekoh di tempat kejadian.


Bas tersebut turut merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang berada pada laluan sehala di hadapannya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page