top of page

Galak wanita bekerja: Cuti bersalin tambahan, elaun pasca bersalin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 1 min read

Kerajaan bakal memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) pada kadar 80 peratus daripada gaji nilaian bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita, yang akan dibayar secara one-off.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sempena Hari Pekerja hari ini, berkata inisiatif itu, yang akan membabitkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita.


"Elaun ini adalah bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari," katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2026 dengan tema "Pekerja MADANI Kesuma Negara".


Menurutnya, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) wanita menunjukkan trend pengunduran kerjaya (career exit) yang agak kritikal. KPTB merosot drastik daripada tahap optimum 78.9% bagi kategori umur 25-29 tahun kepada 68.6% bagi umur 35-39 tahun.


Komitmen wanita setelah mempunyai anak dipercayai merupakan salah satu faktor penyumbang kepada penurunan berkenaan.


Oleh itu, Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.


Elaun ini merupakan bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari. Ia akan melibatkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800].


Faedah ini dicadangkan pada kadar 80% daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita yang akan dibayar secara one-off. Inisiatif proaktif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 132 ribu orang pekerja wanita.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page