Daya tahan ekonomi: PACE strategi bangun modal insan, kestabilan pasaran buruh
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 2 min read

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi iaitu Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) yang akan menjadi strategi pembangunan modal insan dan kestabilan pasaran buruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, program bernilai lebih RM710 juta itu akan dilaksanakan melalui empat inisiatif utama bagi membantu pekerja untuk terus berdaya saing.
Katanya, kerajaan akan memperkukuh jaringan keselamatan melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), khusus bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan meningkatkan kebolehgajian mereka, dengan dana SIP lebih RM580 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
"Kita mahu memastikan golongan belia dan kumpulan rentan sentiasa kompetitif dan produktif, justeru, kerajaan melalui HRD Corp memperuntukkan RM100 juta di bawah program HRD Yakin MADANI yang turut disokong MyFutureJobs bagi memudahcara penempatan pekerjaan.
"Bagi mempelbagai kemahiran dan memperkukuh perlindungan keselamatan sosial pekerja gig, kerajaan menyalurkan peruntukan RM20 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) khusus untuk latihan kemahiran pekerja gig, terutama pekerja e-hailing dan p-hailing," katanya dalam ucapan pada Sambutan Hari Pekerja 2026 dengan tema "Pekerja MADANI Kesuma Negara" di sini, hari ini.
PACE dijangka dilaksanakan melalui empat inisiatif utama. Pertama, Kesiapsiagaan Perlindungan Sosial iaitu memperkukuh jaringan keselamatan melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) khusus bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan meningkatkan kebolehgajian mereka.
Kedua, Pemerkasaan Latihan dan Penempatan Kerja bagi memastikan golongan belia dan kumpulan rentan sentiasa kompetitif dan produktif. Kerajaan melalui HRD Corp memperuntukkan RM100 juta di bawah program HRD Yakin MADANI yang turut disokong oleh MyFutureJobs bagi memudahcara penempatan pekerjaan.
Ketiga, Pengupayaan Pekerja Gig yang mempelbagai kemahiran dan memperkukuh perlindungan keselamatan sosial pekerja gig, yang mana Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) khusus untuk latihan kemahiran pekerja gig terutamanya pekerja e-hailing dan phailing.
Manakala keempat merupakan Pemantapan Bakat Muda dan Ketahanan PMKS. Kerajaan akan menyediakan Geran Padanan Latihan Industri bagi menyokong Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) serta Syarikat Pemula yang mengambil pelatih industri.
Inisiatif ini akan dibiayai oleh TalentCorp dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. 4. Secara keseluruhannya, program khas PACE ini bernilai melebihi RM710 juta.




Comments