top of page

Permit Masuk Kenderaan dikuatkuasakan di sempadan M'sia - Singapura

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Julai 2025.


Susulan penguatkuasaan berkenaan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis saman kepada pemilik kenderaan asing yang tidak mendaftar atau mengaktifkan VEP.


''Pelaksanaan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana menjadi kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia.


''Pemilik kenderaan asing yang dikenakan tindakan saman atas sebab tiada VEP sah, perlu menyelesaikan saman tersebut sebelum keluar dari Malaysia.


''Bayaran saman perlu dibuat melalui kaedah tanpa tunai di Kaunter Pejabat JPJ, Kaunter Bergerak JPJ Mobile atau secara online (myEG),'' katanya menerusi satu kenyataan.


Oleh itu, JPJ menyeru kepada semua pemilik kenderaan motor asing untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika memasuki dan keluar dari Malaysia pada masa akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page