top of page

Permintaan meningkat, perlu eksport durian segar ke China - Sim Tze Tzin



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu mempertimbangkan eksport durian segar ke China berikutan permintaan yang sedang meningkat di negara itu.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, meskipun terdapat pro dan kontra berkenaan eksport durian segar namun Kerajaan, katanya, perlu memulakan rundingan protokol mengeksport produk pertanian itu.


"Setahu saya, belum ada lagi protokol eksport durian segar di Kementerian. Rundingan protokol dengan China, jika dimulakan akan mengambil masa beberapa bulan atau tahun untuk dimuktamadkan.


"Penyokong protokol itu percaya ia akan menjadikan durian segar Malaysia sebagai produk premium di China, dengan harga yang lebih baik. Orang yang menentang berkata, ia akan bersaing dan membunuh durian beku nitrogen semasa.


"Pada pendapat saya, tiada konflik serius antara protokol ini. China adalah sebuah negara yang besar. Ia cukup besar untuk pelbagai jenis produk durian segar atau beku nitrogen," katanya.


Tegas mantan Timbalan Menteri Pertanian itu, eksport durian segar ke China akan membuka pasaran premium dengan akses penerbangan.


Katanya, bandar besar seperti Beijing, Shanghai, Shenzen dan selatan China akan menjadi pasaran yang berpotensi.


"Semasa lawatan saya ke Beijing, Fujian dan Ningxia baru-baru ini, pegawai kerajaan sering mendesak untuk membantu mengeksport lebih banyak durian ke wilayah mereka.


"Kewajipan Kerajaan adalah untuk membuka sebanyak mungkin akses pasaran dan protokol. Biarkan pasaran yang menentukan," katanya.


Sehubungan itu, Tze Tzin mencadangkan Malaysia mengorak langkah merundingkan protokol eksport durian segar pada ulang tahun ke 50 hubungan dua hala Malaysia-China pada tahun hadapan.


"Terdapat peluang unik untuk meraikan majlis bertuah ini.


"Saya menggesa Kementerian Pertanian untuk memulakan perbincangan protokol dengan China secepat mungkin.


"Jika kita boleh memuktamadkan protokol itu menjelang 2024, hal itu pastinya satu berita baik untuk pengguna China dan petani di Malaysia," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page