top of page

Perlukah siasat Anwar kerana menghantar surat rayuan kepada Agong?



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus bertindak secara rasional dalam mengeluarkan arahan menyiasat Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan menghasut dan mengancam keselamatan negara berkaitan perintah Darurat.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, tiada elemen hasutan atau desakan seperti yang didakwa dan digambarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin semalam, di dalam warkah yang diutus Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.


"Ia (siasatan) tidak berasas kerana tiada elemen hasutan atau desakan seperti yang didakwa dan digambarkan oleh Menteri Dalam Negeri," kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan.


Menurut polis, siasatan akan dijalankan terhadap Anwar di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia lanjutan daripada laporan polis yang dibuat mendakwa Anwar mencabar kuasa Agong seperti yang dinyatakan dalam Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.


Namun bagi Syed Ibrahim, surat yang jelas isi kandungannya berupa rayuan, permohonan ihsan dan kebijaksanaan Agong oleh Anwar, seorang Wakil Rakyat dan Ketua Pembangkang untuk mempertimbangkan darurat dikaji semula tidak bertentangan dengan mana-mana akta atau peruntukan Perlembagaan


"Tiada apa-apa kenyataan Anwar yang boleh diambil sebagai mencetus ketakutan atau kebimbangan kepada awam dan menghasut melakukan kesalahan atau mengancam ketenteraman awam di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.


"Memohon ihsan dan kebijaksanaan KDYMM Tuanku bagi membatalkan pengisytiharan darurat dan menitahkan sidang Parlimen seberapa segera serta turut disokong oleh lebih daripada 114 orang Ahli Parlimen bukanlah satu kesalahan.


"Warkah yang ditulis dengan penuh hormat, takzim, tertib, sopan dan rendah diri itu juga tidak menghasut, mengancam atau mendesak. Ia berasaskan kepada hujah rasional dan objektif bahawa alasan-alasan nasihat Perdana Menteri dalam langkah Pengisytiharan Darurat mempunyai kelemahan ketara dan tidak berasas sama sekali," katanya.


Malah menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu lagi, sesiapa pun rakyat atau badan bukan kerajaan boleh merayu kepada Agong untuk memohon ihsan baginda memperbaiki keadaan negara, pada bila-bila masa.


"Ini termasuklah mengemukakan teguran dan bantahan akan kerajaan yang gagal. Apakah ini bercanggah dengan mana-mana undang-undang?


"Justeru, pembukaan kertas siasatan menimbulkan banyak persoalan. Apakah kerajaan sekarang telah gagal, hilang majoriti dan tertekan hingga terpaksa menggunapakai saluran undang-undang untuk menekan apa juga bantahan?


"Apakah ada arahan dan campur tangan politik kepada pihak polis dalam siasatan ini


"Persoalan-persoalan ini perlu dijawab dengan jelas kerana rakyat sedang memerhatikan. Jika benar, maka malang bagi negara yang sewajarnya menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," katanya lagi.


Beliau turut menasihati pihak polis agar melaksanakan tugas mereka dengan profesional dan menegakkan undang-undang tanpa rasa gentar, terpilih atau tertekan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page