top of page

Perlukah pencarum KWSP mengemis demi wang sendiri?



Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menempelak kegagalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam menguruskan permohonan skim i-Sinar.


Beliau berkata pencarum KWSP yang telah memohon skim i-Sinar amat kecewa setelah kelulusan permohonan mereka telah ditarik semula baru-baru ini.


Katanya, alasan masalah teknikal di portal utama i-Sinar bagaikan satu kesulitan birokrasi yang tidak mengutamakan keperitan rakyat terkesan.


"Sebilangan besar pemohon i-Sinar adalah golongan M40 dan B40 yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan.


"Walaupun pengeluaran ini sering kali disebut akan menjejaskan wang persaraan mereka, namun ia wajar demi mengatasi masalah terdekat yang dihadapi ketika pandemik Covid-19," katanya.


Pada masa sama, Farhash berkata KWSP perlu bersikap lebih prihatin terhadap keadaan rakyat kerana kadar pengangguran telah bertambah sejak negara dilanda wabak Covid-19 iaitu seramai 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus setakat Disember 2020.


"Kehilangan sumber pendapatan harus ditangani demi kelangsungan kehidupan rakyat dan wang KWSP merupakan penyelesaian jangka masa terdekat bagi mereka.


"Kelewatan dalam meluluskan permohonan pengeluaran wang KWSP seolah-olah membuatkan pencarum perlu 'mengemis' demi wang hasil titik peluh sendiri. Saya berharap masalah ini dapat ditangani sebaik mungkin tanpa kompromi," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page