top of page

Perluaskan projek rumah awam, transit belia - Lee Chean Chung



Kerajaan Madani digesa untuk memperluaskan projek rumah awam dan rumah transit belia untuk golongan muda.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata demikian selepas bertemu pemimpin Young Malaysians Movement (YMM) di Parlimen, semalam.


Katanya, dalam dialog bersama pergerakan itu, Pengerusi Nasional YMM, Alex Ng Jun Fai berkata inisiatif kerajaan sebelum ini dilihat kurang berjaya dalam menyelesaikan isu perumahan untuk generasi muda.


"Inisiatif Kerajaan terdahulu, iaitu MyTransit atau Perumahan Transit Belia pada tahun 2018 dan Rumah Transit Belia pada tahun 2021 telah terbukti gagal dalam melaksanakan sebarang projek perumahan bagi golongan belia.


"Walaupun kerajaan terdahulu mengumumkan mengenai inisiatif-inisiatif ini, tetapi tiada sebarang projek perumahan yang ditujukan khusus kepada golongan belia telah diwujudkan.


"Kegagalan untuk melaksanakan projek-projek perumahan yang dijanjikan telah meninggalkan ramai golongan belia tanpa akses kepada pilihan perumahan yang sesuai dan berpatutan," kata Chean Chung dalam satu kenyataan.


Pengerusi Nasional YMM, Alex Ng Jun Fai memberi penerangan mengenai masalah perumahan belia di Malaysia

Menurut beliau, kekurangan penyelesaian perumahan untuk golongan belia itu telah menyumbang kepada salah satu faktor ketidakstabilan dan kenaikan kos kehidupan harian mereka.


"Kita tidak dapat menafikan bahawa golongan belia adalah antara golongan yang paling teruk terjejas, akibat kadar inflasi yang tinggi dan tidak menentu, selain kenaikan kos sara hidup yang semakin meruncing," katanya.


Untuk itu, menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu, Kerajaan Madani ketika ini sedang berusaha sedaya upaya untuk membina perumahan yang memenuhi keperluan golongan muda selain menyediakan perumahan untuk golongan berkeluarga.


Katanya pada 24 Februari 2023, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memeterai Perjanjian Pembangunan Rumah Transit Belia (Rumah Belia MADANI) bersama Syarikat BMG Global Sdn. Bhd bagi penyediaan 1,048 unit Rumah Belia MADANI (RBM) di Kuala Lumpur.


"Justeru, saya mencadangkan agar KPKT mempercepatkan pelaksanaan ini, serta memperluas skim Rumah Belia MADANI bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga di negeri dan kawasan yang lain, agar lebih banyak golongan belia dapat memanfaatkan bantuan Kerajaan seperti ini," katanya lagi.


Chean Chung juga menyeru agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertindak lebih proaktif dalam menangani kebimbangan isu perumahan golongan belia dan memastikan akses mereka kepada pilihan perumahan yang selamat serta berpatutan agar kesejahteraan golongan belia di negara ini terjamin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page