top of page

Tangani Isu Kekurangan Guru di SJKC, SJKT



Oleh: Andre Lai Chen Heng


ULASAN: Baru-baru ini, isu kekurangan guru sekolah jenis kebangsaan telah menjadi perhatian ramai. Terdahulu, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek menyebut pelancaran rancangan "pelabelan semula" itu dan berkata akan terdapat cukup guru Cina dan Tamil dalam tempoh lima tahun akan datang, yang telah menimbulkan kebimbangan meluas dalam masyarakat.


Bagaimanapun, pelbagai pihak mempunyai tafsiran yang berbeza terhadap data tersebut. Tidak lama dahulu Timbalan Menteri YB Lim Hui Ying juga berkongsi data yang berbeza pada masa yang berbeza. Retorik bercanggah dan perbezaan tafsiran data ini membimbangkan.


United Chinese School Committees Association of Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) telah memberi kenyataan bahawa ketidaktepatan data daripada Kementerian Pendidikan.


Malah di Parlimen, debatan antara YB Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek pada 27 November 2023 lalu telah mengeruhkan keadaan. Persepsi yang dibawa oleh Presiden MCA mencemar nama baik kementerian dengan tuduhan seolah-olah perkembangan sekolah Cina dan Tamil telah terbantut akibat kekurangan guru.


Pendidikan tunjang pembangunan negara


Pertama sekali, kita perlu sedar bahawa pendidikan adalah tunjang pembangunan negara, dan guru adalah jiwa pendidikan. Dalam pelbagai pertukaran data dan retorik sepanjang tahun lalu, kita telah melihat usaha semua pihak untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi kita juga melihat kekeliruan dan ketidakselarasan dalam penghantaran maklumat. Ini memudaratkan kestabilan dan pembangunan sistem pendidikan.


Mengenai isu ini, perbezaan pendapat antara Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri YB Lim Hui Ying dikatakan telah menimbulkan persoalan. Pada 11 Oktober, YB Lim Hui Ying menyebut bahawa terdapat kekurangan 1,300 guru di 1,302 sekolah rendah Cina di seluruh negara, tetapi kenyataan YB Fadhlina Sidek pada 5 November adalah optimis, dengan mendakwa bahawa rancangan "pelabelan semula" telah menyelesaikan masalah guru.


Oleh kerana pencanggahan pendapat telah mengelirukan orang ramai, maka persepsi masalah komunikasi dalam Kementerian Pendidikan mungkin telah timbul? Ataupun hal ini diakibatkan kekurangan perkongsian info dari kalangan pegawai Kementerian Pendidikan yang sepatutnya berkongsi maklumat yang telus dan tepat?


Terdapat perbezaan yang besar dalam tafsiran masalah kekurangan guru oleh pelbagai pihak, dan ketepatan data berkaitan secara langsung dan sama ada masalah itu dapat diselesaikan dengan baik. Data Kementerian Pendidikan menunjukkan sekolah rendah Cina memerlukan 6,319 guru bahasa Cina, yang mana 6,859 telah diisi setakat ini, meninggalkan lebihan sebanyak 540.


Bagaimanapun, Dong Zong dan Jiao Zong mempunyai keraguan tentang data ini. Mereka percaya rancangan "pelabelan semula" Kementerian Pendidikan telah gagal dengan serius dan bilangan lebihan guru Cina telah dipandang remeh. Pertikaian data ini bukan sahaja menjadikan penyelesaian masalah itu lebih rumit, malah mempersoalkan kepercayaan masyarakat terhadap Kementerian Pendidikan.


Tumpu masalah tafsiran data


Dalam era data besar (big data), ketepatan dan ketelusan data amat penting. Organisasi boleh menggunakan analisis data besar untuk mendapatkan cerapan, mengoptimumkan operasi dan meramalkan hasil masa hadapan. Walau bagaimanapun, sekiranya Kementerian Pendidikan mempunyai kekurangan dalam aplikasi data, atau terdapat salah faham dalam mentafsir data, adalah sukar untuk menggubal dasar saintifik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru.


Oleh itu, saya menyeru Kementerian Pendidikan untuk memberi lebih perhatian kepada pengumpulan, penyusunan dan tafsiran data bagi memastikan penghantaran maklumat yang tepat dan mengelakkan pertikaian yang tidak perlu yang disebabkan oleh perbezaan data.


Untuk perkongisan, guru fasih dalam Bahasa Mandarin dan Tamil tidak bermaksud mereka kompeten dalam pengajaran matapelajaran Sains atau Matematik dalam bahasa ibunda. Masalah kekurangan guru bukan serius, tetapi kecanggahan angka adalah serius. Kementerian Pendidikan wajar melihat kepada pelajaran subjek dalam bahasa ibunda sebagai satu keutamaan.


Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan harus menjalankan perstrukturan semula unit atau Jabatan dan pegawai-pegawai untuk memastikan perkongisan maklumat yang tepat dan tidak lagi bercanggah. Kestabilan sistem pendidikan kerajaan Malaysia Madani amat bersangkut paut dengan pembangunan negara masa hadapan.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju merangkap Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page