top of page

Perlu pelan strategi sentuh hati rakyat PRU depan - Pembahas Perlis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 24, 2025
  • 1 min read


KEADILAN perlu menyediakan strategi khusus menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16.


Hal itu ditimbulkan oleh pembahas dari Perlis, Khalid Imran Mas Ahmad.


"PRU akan datang kita perlu misi yang jelas. Kita perlu pelan tindakan strategi yang benar benar menyentuh hati rakyat.


"Kita perlukan pelan kebajikan, sosial, reformasi PBT, perumahan mampu milik. Ini isu umum rakyat.


"Pusat khidmat mesti berfungsi sepenuhnya. Parti mesti dirasai rakyat," katanya dalam sesi perbahasan di Kongres Nasional KEADILAN di Persada Johor International Convention Center.


Bagi Pemilihan KEADILAN pula beliau berkata, yang menang dan kalah perlu berganding bahu menuju PRU.


"Dalam perjuangan kita tidak boleh menang bersendirian. Yang menang dan yang kalah harus bersatu sebagai satu pasukan, kita garap kekuatan ini untuk menang PRU akan datang," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page