top of page

Perlu kerja kuat menangi pertempuran media sosial - Najwan



Kekalahan mengejut calon Pakatan Harapan (PH) di DUN DUN Selangor yang dipertahankan biar pun mereka berprestasi tinggi dan telah melakukan tugas dengan baik memerlukan Kerajaan Negeri menumpukan perhatian kepada penerangan di media sosial.


Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, arus media sosial yang mempengaruhi generasi muda pada waktu ini kelihatan amat aneh kerana ada segelintir dalam kalangan mereka tidak memikirkan mengenai program ekonomi, sosial atau peluang pekerjaan sebaliknya percaya kepada tohmahan di TikTok yang tidak sahih.


"Zaman sekarang zaman digital, zaman informasi. Penting cara mana kita parti politik mengawal atau menguasai kaedah serta teknik penyampaian komunikasi ini


"Sekarang kalau kita ikut TikTok macam macam informasi ada. Informasi separuh masak. Informasi tidak betul pun ada. Anak muda yang mengikuti media sosial itu lebih mudah terdedah kepada informasi.


"Kalau satu pihak beri informasi A salah. Bila tak ada pihak yang counter, jadi mereka menganggap pendapat (A salah) itu betul


"Itu saya rasa penting untuk PH atau Kerajaan Perpaduan untuk mula bekerja kuat memenangi perang di media sosial," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Najwan lagi, selagi penyampaian maklumat tidak sampai ke bawah masalah menarik pengundi khususnya dalam kalangan generasi muda di kawasan tertentu akan berlaku, tidak kira bagaimana hebatnya skim bantuan atau prestasi khidmat ADN kepada rakyat.


"Bagi saya dari segi jentera komunikasi itu perlu kita tambah baik, penyampaian maklumat. Banyak dasar dasar kerajaan yang bagus dilaksana untuk rakyat, tetapi dari segi penyampaian maklumat ia tak sampai ke bawah


"Hal ini mempengaruhi pola pengundian (12 Ogos lalu) khususnya segelintir pengundi muda," katanya.


Di antara ADN yang dianggap melakukan tugas dengan baik tetapi tewas dalam PRN lalu adalah Exco Selangor Khairuddin Othman dan Zawawi Mughni yang dikalahkan oleh undi saluran anak muda, biar pun telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di kawasan yang dipertahankan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page