top of page

Wujudkan Kaedah Stabil Harga, Bekalan Beras Mencukupi

Updated: Feb 1



Oleh: Dr Bam Al Haj


ULASAN: Pengkritik dan pembangkang terus menyalahkan kerajaan kerana harga beras semakin meningkat. Tetapi mereka langsung tiada idea untuk membantu rakyat mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.


Walaupun kerajaan berbelanja berbilion ringgit memberikan subsidi, malangnya sehingga kini bekalan beras dan harga beras masih tidak stabil.


Bagi saya ada tiga cara untuk mengatasi harga dan bekalan beras negara:

Dr Bam Al Haj

1. Tingkatkan pengeluaran. Subsidi hanya diberikan kepada pesawah yang boleh hasilkan tambahan pengeluaran beras. Contoh: Biasanya 1 ekar 1 tan. Jika dapat hasil sekali ganda, baharulah diberikan subsidi (sebagai insentif). Ini dinamakan subsidi bersasar.


2. Pintas kartel beras dengan cara mewujudkan mekanisme baharu jualan beras dengan cara mengapungkan harga beras tempatan dan import. Tiada istilah beras import atau tempatan. Hanya beras putih, beras wangi dan basmathi. Dengan itu, harga akan stabil. Petani tempatan pula dapat menikmati lebihan pendapatan apabila harga beras naik.


3. Perbanyakkan sumber bekalan beras import seperti yang dilaksanakan oleh Singapura. Mereka dapat bekalan daripada 193 negara. Mana yang murah dan boleh bekalkan secara konsisten, itu yang diutamakan. Pembelian pula hendaklah diusahakan atas hubungan Kerajaan ke Kerajaan (G2G), di mana agensi kerajaan yang diamanahkan mestilah diberi kuasa penuh sebagai pengimport tunggal. Agensi itu tidak boleh mengambil untung dan mesti menjualnya pula dengan harga paling murah, setelah ditolak kos.


Tugas yang diamanahkan kepada YB Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bukit Gantang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sangat tepat. Ini kerana Syed Abu Hussin memang sudah mempraktikkan jualan murah dari kapal dan ladang sejak 2018. Ia ternyata sangat berjaya dan boleh dijadikan model di seluruh negara.


Jika semua wakil rakyat dapat bekerjasama, rakyat pasti akan menerima manfaatnya.

Siapa yang tidak mahu jika harga ikan cencaru atau kembong hanya RM5.00/kg dan ayam hanya RM10/ekor?


Pemilihan Datuk Syed Abu Hussin selaku Ketua Jawatankuasa Khas Menangani Harga Barang dan Kos Sara Hidup di bawah NACCOL amat tepat dan berbaloi.


Beliau adalah pemain industri makanan selama lebih 30 tahun dan mampu memberikan "solution" jangka panjang.


Saya amat yakin dan percaya, apabila beliau dipilih oleh PMX, beliau mampu membuktikannya.


PMX juga amat "berjiwa besar" apabila "berani" mengambil risiko melantik individu yang berpengalaman daripada parti pembangkang. Tabik PMX. Ini baharulah Kerajaan Madani yang bersifat insklusif dan terbuka.

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Presiden, Dewan Keusahawanan dan Kejurulatihan Industri Malaysia (Mentic Chamber)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page