Perlu enggagement, pendekatan baharu selesaikan masalah masyarakat India



Masalah membangunkan masyarakat India masih diperbincangkan selepas enam dekad Malaysia merdeka.


Bukan sahaja kerana layanan buruk pemimpin BN terhadap kaum ini, namun kerana tidak ada kaedah terbaik yang digunakan untuk mengatasi masalah keciciran pendidikan atau peluang kerjaya menyebabkan masyarakat tersebut, terutama di luar bandar terus terpinggir dari arus perdana perekonomian negara.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN pusat, Manivanan Gowin, masyarakat India perlukan pembelaan yang lebih khusus, dan beliau dalam beberapa siri dialog dengan mereka sebelum ini mempunyai formula untuk menyelesaikan masalah sekiranya menang dalam pemilihan KEADILAN kali ini.


"Selalunya nak melontarkan idea senang, namun sebagai pemimpin sebelum kita lontarkan baik kita menerima, mendengar dan memberi ruang yang secukupnya untuk mereka berbicara. Sebab setiap kawasan ini mempunyai masalah yang berbeza.


"Masyarakat India, kita perlu memandang mereka dalam dua sektor yang berlainan. Sektor pertama ialah masalah biasa. Kewarganegaraan misalnya masalah biasa, pendidikan atau kekurangan pendendahan masalah biasa.


"Tetapi ada juga masalah khusus. Contoh di parlimen ini, DUN ini ada anak muda tercicir, terlibat dengan gejala sosial. Kawasan ini ramai anak muda tidak pergi sekolah, jadi ada dua sektor yang berbeza.


"Satu masalah masyarakat India yang umum, satu lagi masalah khusus. Macam mana nak ketahui masalah khusus ini? Masalah khusus kita hanya boleh ketahui apabila buat enggagement dengan ketua ketua masyarakat.


"Untuk pandangan yang jauh, saya sebagai pimpinan KEADILAN yang wakili kaum India perlu mendekati masalah mereka dan membawa isu isu khusus tadi. Saya rasa enggagement saya dengan mereka akan mendapatkan input input masalah khusus di sesuatu kawasan. Dengan itu kita boleh atasi masalah khusus meereka," katanya.


Calon Naib Presiden KEADILAN itu juga membayangkan akan mencungkil bakat kepimpinan anggota parti yang terpendam.


Katanya, kaedah sekarang mencari anggota parti berbakat ini ketika menjelang pemilihan atau pilihan raya tidak lagi sesuai diamalkan.


"Ada ramai pimpinan akar umbi mempunyai kebolehan luar biasa. Jadi tiba masa kita cari mereka dan beri ruang sebaik mungkin untuk menampilkan diri sebagai pimpinan masa depan.


"Selalunya kita cari mereka bila ada pemilihan atau pilihan raya. Saya rasa pendekatan ini perlu diperbaharui. Kita perlu memantapkan mereka, kalau perlu beri pendidikan lakukannya atau taklimat, modul terbaru, kita bina mereka menjadi pemimpin yang mempunyai daya saing luar biasa," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Kapar itu juga menegaskan bahawa kaum India boleh dimajukan dengan pendidikan yang baik dan peluang perniagaan.


"Kita kena membawa elemen nak majukan masyarakat India melalui pendidikan dan perniagaan.


"Hal ini penting kerana macam mana kita nak sampai ke masyarakat biasa khususnya pengundi Atas Pagar kalau bukan melalui penglibatan ketua ketua masyarakat tempatan di satu satu kawasan?


"Bila kita berinteraksi dengan mereka, bukan sahaja kita memperkasakan ketua ketua ini malah melalui dia kita boleh mendekati masyarat biasa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER