top of page

Perlu bincang, PH tidak akan 'pejam mata' luluskan Belanjawan 2021



Pakatan Harapan (PH) tidak akan dengan mudah menyokong dan meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) petang semalam.


Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, wakil PN perlu membuat lebih banyak perbincangan dan melakukan pindaan kepada belanjawan perpaduan tersebut sekiranya ingin kelulusan mudah daripada PH.


Menurutnya, Belanjawan 2021 tidak memenuhi 6 cadangan utama yang diusulkan PH kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika rundingan pada 1 November lalu.


Sebaliknya belanjawan itu, kata Lim, memberikan 'unjuran tidak realistik, separuh langkah kewangan dan pemberian politik'.


“Jika kerajaan serius untuk meluluskan ‘Belanjawan Perpaduan’, perbincangan lebih lanjut perlu diadakan dengan pembangkang dan penyokong kerajaan mengenai cadangan alternatif dan pindaan Belanjawan 2021 dari sekarang hingga 25 November, apabila undi di peringkat dasar akan berlangsung di Parlimen,” katanya dipetik.


Lim turut berkata, tidak akan ada belanjawan perpaduan jika salah 1 daripada 6 langkah utama dicadangkan PH ditolak.


Meskipun beliau menyatakan beberapa langkah dalam belanjawan - seperti perolehan tambahan untuk memerangi Covid19, peningkatan pelaburan dalam perkhidmatan jalur lebar dan internet ke sekolah, dan bantuan kewangan tambahan kepada PKS di Sabah - bertepatan dengan 6 cadangan PH, Lim berkata beberapa cadangan utama tidak dimasukkan, terutama lanjutan moratorium pinjaman bank yang berakhir pada September.


Lim menegaskan DAP menentang 'pemotongan mengejut' dalam belanjawan Kementerian Kesihatan, merangkumi pengurangan sebanyak 74% untuk bajet farmasi dan bekalan.


Selain meminta kerajaan meningkatkan pembayaran tunai langsung kepada keluarga dan individu kategori B40 dan M40 serta lanjutan Program Subsidi Upah.


Lim juga mendesak agar kerajaan menarik balik peruntukan RM85.5 juta diberikan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang tidak jelas tugasnya kepada negara melainkan melaksanakan propaganda untuk PN.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page