top of page

Perlu Analisis Kos-Faedah teliti Perjanjian Perdagangan Malaysia–AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read

ree

Malaysia seharusnya meneliti lebih mendalam Perjanjian Malaysia–Amerika Syarikat mengenai Perdagangan Timbal Balik (ART) bagi memastikan rakyat berpuas hati mengenai isu yang berbangkit sebelum ini.


Mantan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam kenyataan mengucap tahniah kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani atas pelantikan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), mengalu-alukan keterbukaan menteri berkenaan untuk meneliti semula perjanjian tersebut.


"Saya mengalu-alukan keterbukaan beliau serta hasrat untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia–Amerika Syarikat mengenai Perdagangan Timbal Balik (ART), termasuk merundingkan semula sebarang terma yang tidak adil atau merugikan kepentingan negara kita," katanya dalam satu satu kenyataan.


Bagaimanapun, menurut Charles, sebarang langkah ke arah ratifikasi perjanjian berkenaan mesti berasaskan bukti kukuh dan mematuhi prinsip demokrasi berparlimen.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar MITI melaksanakan Analisis Kos-Faedah yang komprehensif serta Kajian Kepentingan Nasional, sebelum sebarang keputusan dibuat.


"Saya mencadangkan MITI menjalankan Analisis Kos-Faedah yang komprehensif dan Kajian Kepentingan Nasional, yang kedua-duanya mesti dibentangkan di Dewan Rakyat dan tertakluk kepada penelitian penuh Parlimen sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.


Menurut beliau, amalan tersebut pernah dilaksanakan dalam perjanjian terdahulu seperti TPPA dan CPTPP di bawah kerajaan BN dan PN, dan dianggap sebagai amalan terbaik dalam rundingan perdagangan antarabangsa.


Charles menegaskan bahawa kajian berkenaan perlu merangkumi penilaian bab demi bab terhadap kesan ekonomi dan sosial, termasuk implikasi terhadap pekerjaan, harga ubat dan kos penjagaan kesihatan, perniagaan Bumiputera dan PKS, industri halal, kehilangan hasil tarif, kesan pengagihan merentas sektor, serta keperluan perubahan undang-undang dan peraturan domestik.


Beliau menambah, rakyat berhak mengetahui secara jelas siapa yang mendapat manfaat dan siapa yang menanggung kos daripada perjanjian tersebut.


“Rakyat Malaysia berhak mengetahui siapa yang mendapat manfaat, siapa yang menanggung kos, dan sama ada perjanjian ini benar-benar memberi manfaat kepada ekonomi kita, termasuk perniagaan, pekerja, pengguna, atau terutamanya kepentingan luar,” katanya.


Tambah Charles, Malaysia tidak seharusnya terikat dengan komitmen antarabangsa yang boleh menyempitkan ruang dasar negara, melemahkan akauntabiliti demokrasi atau menjejaskan masa depan ekonomi negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page